Pages

Thursday, June 9, 2011

Hukum ASB


Hari ni terbaca satu post di FB berkenaan ASB yang saya sendiri ada menyimpan seringgit dua selepas membaca dan mendengar beberapa pendapat mereka yg ariff bab2 ugama.  Dah macam ni, cuak la jugak kan...

-----------------------


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

dari: malaysia sensasi


Image surat tu kecik sangat... Sebenarnya perbahasan tentang hukum ASB ni dah lama, sejak dari awal2 lagi.  Tapi memandangkan ulama dan mereka yang arif mengeluarkan pelbagai pendapat, maka macam tu lah jadinya... Agak2 kalau dah macam ni macamana nak buat pembersihan ke atas wang dan darah daging kita?  Pasti akan keluar pendapat lain lagi selepas ni.  Cuma harapnya bab2 agama ni janganlah ada bau2 politik.  Ulama puak A kata gini, ulama puak B kata gitu... 

Harap2 terang hati kita untuk menilai benda yg betul dan tidak, haram dan halal... Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment