Pages

Tuesday, December 20, 2011

Kembali Kepada Penciptanya...

Kala ini saya berasa amat sedih.  Ditambah dengan cuaca yg dingin, dengan hujan yg turun sejak tadi.. Saya mengambil kesempatan diwaktu hujan ini dengan berdoa semoga tidak ditimpa musibah dalam keadaan tidak bersedia, dikurniakan kesihatan yg baik dan beberapa lagi bisikan kepada Allah Maha Pencipta.

Kesedihan ini bermula sejak saya membaca status FB kawan saya Safinaz atau Finaz.  Dia memberitahu suaminya telah pulang ke rahmatullah pagi tadi.  Boleh kata mudalah lagi suaminya itu... terkena heart attack!  Finaz yg tinggal di Perlis, sedang dalam proses berpindah semula ke KL hujung tahun ni, dan rasanya baru beberapa hari balik ke KL (tak pasti pindah terus atau sekejap).  Sesungguhnya Allah mendahului apa yg kita rancang.

Ya Tuhan.. andai aku berada di tempat Finaz, pasti aku terkejut dan celaru.  Semoga Kau tabahkan hati sahabatku itu... kuatkan semangatnya... pelihara dia dan anak2nya terutama 2 orang anak yatim itu.  Kerongkong saya semakin sakit bila melihat gambar dan memikirkan anak2 yatim itu.  Semoga Finaz tabah dalam membesarkan anak2 sendirian...

InsyaAllah dalam waktu terdekat, teringin saya melawat Finaz dan anak2.  Hari ini tak dapat pergi sebab memikirkan Fawwaz.  Takut ramai2 orang, dia tak mau keluar kereta pulak.  Tadi pergi kedai pun, dia tak mau keluar..

*************************
Nota tentang iddah isteri yg kematian suami - untuk peringatan diri ini juga.  Dipetik dari : http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com

Iddah bagi wanita yang kematian suaminya adalah selama 4 bulan 10 hari sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw :

“Tidak halal kepada wanita yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat berkabung untuk sesuatu kematian lebih daripada 3 hari kecuali bagi wanita yang kematian suaminya.Dia hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari.”

(Hadis Sahih riwayat Ahmad : 6/327 dan al-baihaqi dalam al-Kubra : 7/438)

Sepanjang tempoh tersebut wanita tersebut tidak boleh memakai bau-bauan dan barang perhiasan, malahan wajib ke atasnya untuk terus menetap di tempat yang disediakan oleh suaminya (rumah kediaman) sehingga berakhir ‘iddahnya dan tidak perlu ia berpindah ke rumah kaum keluarganya.Ia juga tidak boleh keluar dari rumah tersebut melainkan dharurat sahaja.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah , ayat 234 :
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.


Monday, December 19, 2011

Picnic @ Ulu Kalong, Hulu Yam

Gambar2 ni hakmilik kawan2 baik akak Tati n Ani.. Nak juga tayang kat sini.. esok2 bila rindu (ingat tak lagu VE tu..?), boleh akak blogwalking kat blog sendri.. heheh!  Best tau picnic hari tu... Tetiba rindu selalu nak buat acara ni...

Credit to Ani & Tati for these lovely pics 

  Berkelah di sungai yg bersi dan dikelilingi dusun buah-buahan spt durian, rambutan dan manggis.. heaven!
 main air sambil makan cucoq udang fanasss...
 
 Makan2 dulu... ada banyak menu tu
 sesi merendam kaki..
 budak2 la yg paling seronok..!

***************************
Saya baru menjadi ahli utk 4life Transfer Factor... Produk yg sangat baik untuk memelihara dan memperbaiki tahap imunisasi kita


Kalau ada sesiapa ingin mencuba dan mendapatkannya, boleh hubungi saya.
Produk ini sangat berkesan kepada penyakit seumpama kanser, asma termasuk yg kronik, resdung, gout, sakit sendi dan saraf, kencing manis, ulser, tyroid dan lain2 penyakit kronik.  Ianya ialah sejenis supplement yg berasaskan kolestrum lembu dan kuning telur.
Namun ia tidak sesuai untuk mereka yg pernah menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang, hati dan sum-sum tulang.

Macam-Macam Cabaran

Sejuk cuaca petang ni. Hujannya sekejap, tapi sejuk la.. Matapun ala2 layu, tapi dah masuk asar la pulak.  Mana tak layu, baru lepas makan nasi.  Kekenyangan.  Dah petang baru teringat nasi...

Bukan apa, sebenarnya tengahari tadi rasa mengantuk dan nak tidur dulu.  Tapi duk melayan fb dulu, tup2 pukul 2 lebih.  Takpe, mesti nak tidur juga.. best sejuk!  Baru sedap nak lena, telefon bunyi... message dari hubby yg terchenta.  Adalah halnya... tp legalah juga.  Kurang beban perasaan..

Pagi tadi macam biasa keluar rumah untuk melangsaikan apa yg patut.  Senarai sudah ditulis, tapi bila perlu ditengok, dah takde.  Mana entah... Destinasi pertama ke Seri Petaling, ke pejabat CWA utk renew license unit trust hubby.  Hebatla kan.. mana2 tempat kat KL ni, mesti susah nak cari parking.  Dah pusing2 dan dapat parking, office nya pulak lesap.  Puas ku meninjau-ninjau, tapi takde.  Fawwaz dah menunjukkan reaksi tak suka bila dekat dengan restoran arab berdekatan.  So, jomlah... kita masuk kereta!  Next destination is Jln Shamelin Cheras... Dalam hati mula sedikit tak puas...

Baru je nak belok, ternampak papan tanda besar kat bangunan sebelah (blok baru).  Lohhhh... dah tuka rupanya!  Besar gitu boleh tak nampak tadi?  Yelah.. yg aku nampak kopitiam old town tu je!  Mmmm... sama besar, satu di bawah, satu di atas rupanya... Kita pun parkingle kat tepi jalan tu.  Fawwaz pun OK je, nak keluar.  Tapi... dah melintas tu baru dia perasan kopitiam tu agaknya.  Dan2 tu dia berhenti dan tak mau jalan.  Dengan kekerasan mak angkat dia sebab kat tgh jalan.  Mujur dia tak meronta2.  Terus dia tak mau pergi.  Masa patah balik pun dia berhenti kat tgh2 jalan tu dan tak mau walau dipujuk dan tarik... Adalah beberapa saat sebelum akak bertindak jadi super woman!  Rasa semput aku!  Penat + stress jadinya..

Terus mood dia pun kejap2 swing.  Jenuhlah akak.. dahlah masuk MRR2 yg sibuk tu.  Disondol2nya belakang mama dia ni, sampailah sudahnya dia menjadi baik dan tidur sampai ke rumah.  Satu hal pulak nak mengangkat ke atas.  Saya ni ada satu benda yg nak cari dan berharap ada di pasaran.  Seat belt kereta yg serupa dgn kapal terbang punya... Eh! Rasa macam dah pernah sebut.. takpalah!  Ulang tayang...

Entah apa yg ditakutkan Fawwaz tadi... Ada 2 buah restoran yg konsep warnanya sama iaitu coklat dan tulisannya kuning.  Mungkin gabungan warna tu nampak seram..  So En Abe... harap kalau buat rumah nanti jangan catkan coklat ye!  Ada sisi seram di situ...huhu.  Risau juga anak mama yg sorang ni.  Penakutnya menjadi2.  Malam ni mama nak sapu minyak Morhabshi yg baru dapat tadi kat badan.  Nak tengok ada perubahan pada emosi tak.. :)

Minyak morhabshi ni, kalau baca testimoninya umpama minyak ajaib.  Macam2 boleh dirawat selain sebagai minyak sapu/urut.  Tujuan utama saya beli adalah untuk sebagai sapuan kat kaki dan lutut yg mula bermasalah ni.  Juga untuk diberikan kepada mak yg ada masalah kaki juga tu.  Saya ke Tmn Shamelin tadi dalam keadaan tertanya2 sambil meneka2 apa yg pos laju nak bagi.  Masa dia hantar ke rumah Khamis lepas, saya takde.  Rupanya minyak ni lah!  Yg saya teka pun betul..  Tapi sebenarnya saya belum bayar pun masa tu sebab ada kekeliruan sikit.  Password pulak dah terlupa.  MasyaAllah... sebuah perniagaan yg jujur.  Bila saya telefon untuk beritahu yg saya dah terima tapi belum bayar, apa jawab dia?

"Takpe... selalu macam tu. Kita hantar je dulu... Ada yg dapat baru bayar.  Ada yg dah pakai, baru bayar...".

Inilah satu-satunya pembelian online yg rupa gini... Pakai dulu baru bayar.  Balik rumah, cepat2 saya buka M2U dan selesai!  Reset password.  Lepasni boleh sapu mana yg patut.  Moga2 hilang lenguh2 ni.. Maklum dah masuk angka 4 ni lain macam sket.. Apa2 pergerakan pun tak boleh silap.  Ada je urat terpeleot.. Ingatkan aku sorang gini, rupanya bila jumpa kengkawan hari tu, masing2 meluahkan perasaan yg sama. Hehehe.  Dorang tu OK la jugak, anak dah 4-5.  Mak ni anak sorang je pun samaaa... asal masuk 4 je.  Bukan 4 taun daa... 4 poloh!

OKlah.. nak bangun solat dulu.  Hujan pun dah mula turun balik... Best kalau ada benda goreng2 ni.  Tapi perut ni macam kembung la pulak... agaknya sebab minum tea 4life yg agak sejuk tadi.  Adehh!!

Friday, December 16, 2011

Jangan Stress...

Kadang2 tahap tekanan diri ni tak dapat diungkapkan dengan kata2... Saat2 diri tengah bersemangat, boleh jatuh gitu-gitu saja.  Yang dapat dilafazkan hanyalah istighfar yg berpanjangan supaya terhindar dari mengeluarkan perkataan yg lebih buruk.

Segalanya saling berkait.  Bersendirian tiada teman, komunikasi yg tak sealiran dgn pasangan, kelelahan menguruskan rumahtangga, kekangan untuk melakukan itu dan ini, plan yang tak terbuat, fizikal dan ingatan yg sudah tidak kuat, dan macam2.  Kadang2 dada ini terasa berdenyut-denyut, mungkin dek kerana tak mampu mengawal stress.  Tarik nafass... lepas.  Mula lah terfikir, kalau aku pengsan atau mati di saat ini, macamanalah orang nak tahu. Macamanalah Fawwaz...  Nau'zubillah... fikir yg bukan2.  Tapi betulla.. bukan siapa yg ada melainkan Fawwaz.  Jiran pun tak kenal dan tak pernah nampak walau pintu berhadapan.. sunyi sepi.  Hanya doa kepada Allah supaya aku tidak mati dalam keadaan yg tidak disedari.

Kenapa nak stress sangat?  Entahlah... Kadang2 mungkin sebab bosan tak dapat melakukan apa2, tak dapat nak bekerja, tak dapat gaji yg setimpal.. ishh! bunyi yg sangat materialistik dan tak bersyukur... Seharusnya dah seronok sebab dapat balik ke tanahair tercinta, dan bebas ke mana saja.  Tak bebas sangat sebenarnya.  Terpaksa membawa si kecil ke sana sini, kesian sebenarnya.  Kita penat, dia pun lagi penat.. Masalah terkini, ialah diri sendiri yg sudah mula menunjukkan kelanjutan usia.  Walau baru beberapa minit tiba di satu2 destinasi yg setakat 2-3 km, tandas sudah terbayang di mata.  Jangan ketawa.  Itu tanda kita sudah tidak seperti masa muda.  Lagi masalah, macamana nak tinggalkan si kecil kalau ke tandas.

Kerana itu saya cuba mengurangkan pergerakan.  Kalau keluar 1-2 tempat saja boleh pergi dan sekejap.  Adakala saya bertindak nekad meninggalkan anak sendirian di dalam kereta demi nak ke tandas.  Memang bahaya, tapi saya hanya mampu berdoa.  Mujurlah kebelakangan ni dia sangat baik bila diminta menunggu.

Tapi kalau di rumah pula bikin ribut.  Pantang duduk di dapur, dia pun mengekor dan suruh cepat ke depan.  Dapur dan ruang tamu setakat 3-4 meter je dan dia sangat takut.  Kenapa ya?  Bukan berfikir soal mistik, tapi kenapa anak saya begitu takut di rumah yg sangat comel ni berbanding rumah di kampung.  Saya jadi sangat tertekan dan marah sebab sukar buat kerja.  Kalau duduk depan komputer ni, elok je dia tak kacau.

Tapi adakala selepas saya marah, segera saya bertukar jadi kesian.  Marah sayapun adakala melampau!  Macam tadi.. dek kerana geram sangat, saya melepaskan pada bakul pakaian kotor yg tak berdosa apatahlagi bernyawa.  Lepastu tinggalkannya baju yg bertabur di situ dan masuk ke dapur.  Tak lama, Fawwaz datang membawa bakul tersebut dengan baju2 yg dah dimasukkan semula.  Nak cover kesal, saya tergelak dan ucap terima kasih.

Memang pada satu2 perkara, sikecil tu sangat pandai.  Mengemas tilam tidurnya, cepat2 membetulkan pengalas kaki kalau tergulung waktu dia menarik tilamnya dan mengenai alas tu, bersungguh2 membersihkan tangan yg kotor, mengucapkan terima kasih selepas kita memberi bantuan terutama selepas masuk toilet, dan macam2...  Terasa 'cute' sangat.  Dan terasa lerai segala yg terpendam bila dia kata "terima kasih." yg kadang2 "thank you", juga "syukran".  Yg dah 2-3 hari dia agak lupa ialah "asto'azim (astaghfirullahal 'azim)".

Semoga esok keadaan menjadi lebih baik.  Esok nak jumpa kawan2.. Harap2 ada kerjasama oleh boss kecik ni.  Kesia tau.. harini dia duk sebut aeroplane je.. Mesti rindu nak terbang2 lagi naik gulf air.  Ataupun rindu kat abah... Entahlah, biarlah abah tu habiskan tugasannya dengan tenang.  Mama nak rest dulu dan membuang apa yg patut.. tadi satu kotak besar berisi langsir lama sudah keluar dari bilik kecil... ;)

Thursday, December 15, 2011

Sembang Petang

SEMBANG I
Sejuk jugak petang ni ye.. walau hujan turun kejap je tadi.  Tetiba rasa merindui 'tempat2' yg sejuk tu... Teringat2 London yg hingaq tetapi tertutup dengan kacantikan pemandangan dan bangunan2 lama dia.  Tak pernah daku menyukai tempat yg ramai orang sebegitu.. tp rasa teringin nak ke London lagi hehehe!  Mungkin sebab sejuk...  Aishhh! Lupokan lah yo... Pasni kalau nak yg ramai orang, bior ke tempat yg lebih baik.  Ke tempat yg ada Kaabah... InsyaAllah.  Moga2 dibukakan jalan ke sana.. Amin.

Tadi pagi rasa nak ronda2 dengan Fawwaz.  Menyusuri jalan2 yg tak pernah sunyi..  Keluar rumah pukul 9.50 pagi, tapi di jalan masih banyak kenderaan.  Orang nak pergi kerja atau nak ronda2 jugak macam akak? hehe..  Masuk highway kesas, keluar ke tol Sunway.  Akak dah himpit baik punya sebab nak masuk lorong TnG yg kat tengah/kanan tu.  Dah set tak mau ke kanan sangat sebab nanti terbabas ke smartag.  Dah masuk lorong TnG pun tapi alih2 masuk jugak ke smartag.  Ishh... gitulah!  Itulah punca kesesakan kat tol tu yg bukan jenis 'bottle neck' tapi agaknya kalau tgk dari udara macam rupa ekzos.  Mula2 jalan kecik, pastu membesar, pastu mengecik balik...  Kereta dok himpit2 ke kiri dan kanan sebab salah lorong, atau tercari2 lorong nak bayar tol.  Kalau kat Bahrain, mesti hon bunyi tak renti2.  Ramai drivers M'sia sebenarnya masih berkesabaran tinggi dan tak tamak untuk memberi laluan...
--------------------------------------------


SEMBANG II
Baru sambung setelah beberapa jam... Tadi dekat maghrib, ni dekat nak tido.  Baru lepas mengacau kuah rojak... Waduhh!! Enak banget.. Buahannya je kat kedai lagi!  Tapi sebenarnya akak tak berapa gemar rojak buah ni.  Sebab selalunya guna buah2an masam yg akak tak suka, terutama mangga muda.  Kalau nenas tu boleh tahan lagi. Adakala beli juga bila betul2 teringin.  Tapi entah ngapa, bila menyelak2 buku resepi makcikku, dan terjumpa resipi kuah rojak, terus teringin nak buat.  Penuh satu pan beso saya... Sapa nak makan?  Alamatnya, inilah nanti yg akan kubawa hari Sabtu nanti.  Sebab dah cancel nak ikut rombongan meminang ke Kedah (utk adik bujangku), akak teringin la nak join kekawan piknik.  Bukan apa, nak ke Kedah dan drive sorang, memang tak daya.  Bawak si che mat lak tu..

Talking about che mat... Masa masak kuah rojak ni heboh dia datang dan pergi.. Nak 'wash hand'... nak lap hand... kejap2 cium tangan.  Kekeke... taujelah bau kuah rojak yg bercampur petis ni.. Tu kita tak letak belacan.  Bau boleh tahan... serumah bau garam belacan.  Tu yg dia rasa bau tu melekat kat tangan.. Lama2 mama naik rimas.. Pantang tul kalau tengah semangat nak masak dan baru nak mula, terganggu gitu.  Susahla akak nak menceburi bisnes makanan nih  :P  Memang selalunya gitu... Macam dah lali, tapi kadang tertekan juga.  Kalau kat Bahrain dulu kurang sikit.  Tak tau apasal kat Bukit Jalil ni takut dia lebih... nak mengekor je dan suruh cepat2 keluar dari dapur.

Masa drive siang tadi, terfikir satu perkara... Nak cari seat belt kereta yg rupa seat belt kapalterbang.  Sebab apa, sampai ke sudah che mat tak mau pakai belt tu.  Tahun depan dah nak impose dengan serius undang2 seat belt.  Sekarang ni nak tak nak terpaksa juga diamkan (sebab dah puas pujuk).  Hanya doa je yg jadi pendinding.  Dan tangan ni sentiasa pantas pegang dia kalau brek mengejut.  Lagi satu sebab, dia suka ke depan dan belakang.  Jalan2 dlm kereta.. Maklum dah terbiasa sorang2.  Kalau abi tau, mesti mama yg kena sound baekk punya!  huhu..

Apa2 pun, doa naik kenderaan ni penting.  Saya dah banyak kali terdedah kepada perkara2 yg melemahkan semangat ketika memandu.  Contohnya masa balik kampung haritu.  Elok je sebuah lori panjang yg baru masuk ke jalan dari belah kiri, ambil lorong terkanan (2 lane), tiba-tiba dia belok kiri dan masuk ke kawasan rumah/kedai dalam waktu tu jugak.  Jarak dgn kereta saya dalam 3-4 meter je kot.  Mujur tengah pandu perlahan, lepas tekan break bila lori tu masuk ke jalan.  Tapi buat emergency break la juga sambil tangan pegang fawwaz.  Kus semangat!  Sempat beristighfar je.. sambil bunyikan hon bertalu2. Mak yang duduk di belakang pun terkejut.  Kalau takde mak mungkinkah perkataan lain yg keluar? hoho..  Tapi itulah.. mungkin doa naik kenderaan yg mendindingi kami.. InsyaAllah!! Adik2... jangan lupa, hafal doa tu..

Tuesday, December 13, 2011

Hari Komplen... Ishh Tak Syokk laaa

Hehe... dah takde tajuk lain gamaknye!  Akak ni kadang tu asalnya nak marah, tapi bila buka je "new post" kat blog ni, terus rasa nak suka...  Kan ke ini blog syok sendiri.  Sembang2 sendiri... Kejap tadi teringin lak nak klik kat satu blog paling popular tu.. tapi macam tak serasi, terus tutup.  Herannn je... tapi diam jelah!

Pagi ni diari saya masih tahap2 biasa je.  Bangun buat sarapan, sapu2 lantai, mop balkoni... pastu hapa ntah!  Adalah berangan sikit.... Ada juga buat anjakan paradigma kerohanian sket. Tup2, dah pukul 10 pagi.  Terus ajak Fawwaz keluar gi Giant BK5.  Dah 2 kali pergi sejak balik ni, langsung tak ajak Fawwaz ke playland atas tu.  Dia pun tak minta ke situ.  So, save 30 minit.. :))  Sebelum gi Giant, terfikir nak cari bahan kek.  Teringin nak mencabar diri buat kek yg sedikit rumit (buat akak le..) dan paling sedap.  Dah berkira nak ambik apa kat situ nanti.  Alih2 bila kat situ, rasa dah tak teringin.  Yg dapat loyang kek sebijik... butter pun macam tak ikut balik je!  Setakat buttercup adalah kat petisejuk tu ehehh... tak berapa sesuai.  Nak ambik telur pun Fawwaz tak bagi.  Akak kalau ada pilihan, nak tinggal je budak kecik ni.. Tadi asyik membebel je kat dia sebab situ tak mau sini tak mau... Bilalah aku nak abis pantang neh!!

Tapi hujung2 dia OK... dia nak ceklat, mama ambikkan satu kitkat.  Pastu nampak Ribena pastilles, nak jugak.  Mama suruh buat pilihan dia nak mana satu, pastu letakkan yg satu tu balik.  Dia pilih ribena.  Ini cara saya mengajar dia agar tak makan jajan sangat, atau tamak nak itu dan ini.  Setakat ni, kalau bawak ke kedai esp kat kampung, dia akan ambil satu je.. Kalau kita pilihkan yg lain untuk tambah, dia akan letak balik yg satu hehe!  Kalau roti ke, kek atau biskut takpe nak lebih...

Komplen I
Lepas abis shopping groceries, dia cakap nak makan.  "Nak pizza?".  Dia angguk dan suka.. Terus tuju ke Pizzahut kat bawah tu.  Ceria bukan main!  Order set personal pan je.  At first semuanya OK.  Pantas je sampai air dan sup, lepastu garlic bread.  Sup tu rasa gak macam berbiji2 tapi tak ambik kisah sangat.  Baru 4-5 sudu, pizza pun datang.  Tak sabar2 cikmat nak makan!  Bila saya mula potong kecik2, rasa lain macam. Tak gebu roti tu macam selalu.  Terus juga potong dan Fawwaz yg tak sabar pun mula cucuk satu persatu dgn garfu.  Tapi lepas tu dia mcm tak enjoy.  Yelah... rupanya tepung tu macam mentah lagi.  Doh lapisan atas tu belum jadi roti... benyek je!  Dahle kena cheese n sos, bertambah padat dan benyek.  Mula saya pun cuba makan 1 bhg, pastu kuis2 topping tu sikit.. Lepas tu panggil sorang crew suruh tengok.  Dia kata memang macam tu.  Tak puas hati, aku tenyeh2, kuis semua topping.  Dah Fawwaz pun tak mau makan... Bila ajak balik dia angguk2.

Masa bayar tu, saya cakap "pizza awak ni low quality..tak jadi.. tak boleh nak makan... macam lempeng". (kalau lempeng tu boleh gak makan, ni tepung mentah).  Dia pun ikut tengok dan saya cubit2 pizza tu... "tengok!".

Dia kata nak ganti ke apa, saya kata "tak payah lah.. takde selera".  Bunyi macam merajuk.  Itulah akak.. suka merajuk kalau makanan tak menepati spesifikasi.  Lebih baik dari marah2 tak tentu arah.  Tapi membebel jugaaaa.... Hahaha.. itulah kisah pizza yg diperbesar2kan oleh ku.  Lepas ni nak makan Domino pizza je.  Lagi sedap.  Dahlah sepelaung je dari rumah.  Cuma kat domino tu tak happening sangat.. makan dalam kotak je huhu!  Agaknya sebab delivery centre..

Komplen II
Tak tau sistem apa Bank Islam pakai utk internet banking nya.  Sangat tak user friendly.  Tak macam Maybank atau CIMB.  Mungkin baik dari segi keselamatan siber.  Tapi kenalah belajar dgn M2U dan CIMB Clicks yg sangat besar penggunanya tu.  Ni, dahlah kena guna IE je, google chrome macam tak boleh (tadi cuba sampai ke sudah tak keluar screen)... Tak taulah firefox, sebab dah lama tak guna.  Lepas tu ke window lain.. lepas tu kadang2 kena CTR+click... aisss banyak songelnya.  Tak sesuai ngan orang "penyabor" macam akak ni.. :P  Walaupun duit akak adalah beberapa sen kat situ, nak juga bebel.  Dorang kenalah tau kenapa bank baru dalam islamic banking world lagi cepat naiknya... Benda kecik ni pun boleh jadi halangan tau...

OKlah.. nak tutup blog dah.  Jemu lah, harini duk membebel je.  Dah akak takde sapa nak diajak cerita.  Ajak fawwaz sembang, baru nak buka mulut, dia dah minta botol... susu ya! hahaha.... cheeersss!!!

Pizza benyek @ pizzahut... mujur tak bawak kamera.. yg putih tu kan rupa doh lagi tuu...

Lebih baik makan ni... cucoq nasi pagi tadi

Monday, December 12, 2011

Missing the Old Times..

Dah duduk semula di meja comel Anjung Hijau ni... Baru menghabiskan secawan Nescafe putih kurang manis, dibancuh dengan coffeemate kegemaran saya.  Breakfast pagi ni ringkas je.  Sekeping roti dan 2 batang sosej juga sayur.  Sebelum tu dah makan sebiji karipap saiz kecil.  Goreng pun tak banyak, cuma 2 biji.

Sejak hari Isnin lepas saya di kampung halaman, dan pulang ke sini semalam.  Rasa fresh dan penuh cita-cita dan angan-angan.  Kat kampung tak boleh nak berangan sangat.  Sebab boleh tahan banyak aktiviti (walau tak nampak) dan internet pun slow gilerr!  Susah hati saya kalau internet takde atau slow ni.  Rasa macam blur je.

Sambil menulis, membaca, memikir dan mendengar lagu yg berkumandang dari bilik tu.  Awal2 pagi buka IKIM.fm, dah habis waktu dhuha buka pula Hot.fm.  Sejak semalam tengahari saya macam terperanjat campur suka sebab azan berkumandang dari Hot.fm.  Waktu zohor dan maghrib (waktu lain mungkin saya tak buka radio..).  Tak pasti sudah lama, atau baru sebab kan akak baru je balik sini.  Tak perasan selama ni..  Baguslah kalau gitu.. sebab majoriti pendengar ialah orang Melayu, Islam dan golongan muda.  Elok lah dengar azan.  Jangan dorang tuka channel atau pelankan radio pulak... 

Hari ni orang Selangor cuti... Semalam ada terbaca luahan hati Sultan Selangor di MM.  Akak macam setuju sangat dengan luahan hati sultan tu. Selangor ni macam dah tak macam dulu.  Asyik sibuk dengan cerita politik je.. semua pun nak dipolitikkan.  Saya cuba menilai tanah tumpah darah saya di kebelakangan ini.  Rasa sangat tak seronok.  Contohnya di kampung saya.. di balairaya dekat sebelah kebun tu.  Buatnya di tanah wakaf tok sedara saya.  Dulu2 takde apa2 pun.. Sekarang ni, bila kunci dah beralih tangan atau ada pendua, alih2 pinggan, mangkuk, dulang lesap.  Bukan kat balairaya tu je, tapi rata2 gitu.  Orang lama baik je tak bertanya.  "biarlah..." itu je komen.  Huhu..  Kalau pun depa nak simpan kat stor mana2, patutnya tanya atau bincang dulu dgn orang lama yang membeli.. Itu logik la!  Belum cerita ibu2 tunggal dan miskin yg dapat voucher barangan kat Tesco yg pulang dgn tangan kosong.  Sebab pihak yg berjanji tak bayar... ayoyo tebal muka kan.  Kesian makcik2 tu...

Tapi mungkin benda2 gini tak jadi apa pada mereka.  Mungkin dikatakan cerita media arus perdana yg suka mencari kesalahan pembangkang apalagi dekat2 pilihanraya.  Mungkin pemberian BR1M pun dikata suapan untuk pilihanraya.  Tapi orang2 begini jarang bersyukur..  Masa dapat duit berebut2, di belakang mengeji2 usaha kerajaan tu.  Akak ni bukan ahli mana2, tapi pengundi macam akak ni akan mengundi mengikut situasi semasa.  Berdasarkan prestasi.  Kadang2 cuba buat ujikaji.  Kadang2 ikut hati..hehehe!  Tapi percayalah, semakin lama dan tua, semakin tajam pemerhatian kita.  Kita boleh rasa apa yg benar dan kurang benar.  Tak ada yg sempurna.  Tapi sekurang2nya ambil yang terbaik.  Tepuk dada tanya selera.. tanya iman.  Jangan taksub!

OKlah... tetiba akak berleter pasal nih.. Sebenarnya rimas tau!  Tapi sebenarnya ke mana2 negara kita pergi, pasti ada je isu.  Mungkin kalau takde tu, hilang warna-warninya.  Takde trill!

Hari ni saya cuba untuk berfikiran lebih positif.  Tak mau fikir sangat bende remeh.  Nak mengemas lagi.  Tadi dah memenuhkan plastik sampah hitam tu dengan pelbagai beg tangan dan pakaian.  Buang tu buang ni..  Nak keluar jalan2 naik tren dengan Fawwaz, tapi takut sesak lak.  So, duduk je lah kat rumah.  Nak update resume pun tertangguh je... Sebab tak pasti nak bekerja semula tu.  Masih dinasihati supaya tak bekerja sampai Fawwaz selesa bersekolah.  Tahun depan nak berpindah ke Utara pula.  Akak akur je... Best juga duduk di rumah, cuma poket je tak best sangat.  Tapi dah lama akak latih diri ni mengawal nafsu berbelanja.  Hidup sederhana dengan apa yg ada.  Setakat ni jarang nak terpengaruh dengan benda2 yg rasa macam tak perlu walau mampu.  Yg penting, tak berhutang. Kalau nampak macam mewah tu, tandanya ada rezeki terpijak hehe!

Nak business pun macam ada je rintangan... barang dah tak nampak, fulus nye macam tersekat2 nak masuk... Kadangkala menjadi serba salah.  Makan dalam.  Hanya Allah je yg tahu apa yg saya fikirkan ni..  Mungkin ada yg tak kena.  Saya sendiri nak buat pembersihan utk diri sendiri supaya Allah permudahkan untuk saya.  Buka pintu rezeki yg luas buat saya.  Sebab saya yakin, bab2 duit ni, kalau kita tak selesaikan hutang orang, kita sendiri pun takkan senang sampai bila2.  Rezeki tak melekat!  Walau saya tak berhutang dengan orang, mungkin ada bil lama yg tertunggak dan dipandang mudah.  Walau bukan salah kita, kenalah berbincang kan...  
Browsing file lama... terjumpa gambar ni.  Masa ni umur 36 thn, dah berusia la jugak, tapi belum ada anak.  Muka tu kiranya belum kusam dan fresh.  Tapi, bila tengok gambar2 terkini, terasa diri ini pantas dimamah usia... hahahaaa adoh!!

Friday, December 9, 2011

Cerita Dari Kampung

Tika ini saya di kampung.. sejak hari Isnin yg lepas.  Agak sunyi sedikit kerana ketiadaan beberapa penghuni tetap a.k.a anak2 dara... Malam ni pun cuma kedengaran bunyi riuh wrestling dari TV kat depan tu.  Tempat akak dan Fawwaz lepak dan tidur setiap malam.  Nak buat camna, bukan takde bilik.. ada 4 bilik yg kosong, tapi takde sapa nak isi.  Kami dah chop TV depan tu, 2 orang budak yg dipanggil 'adik' tu pulak chop TV corner yg kat atas tu.  Saya ni ikut kehendak che mat je lah... Lately memang port dia kat depan TV - baik di Bahrain, Anjung Hijau atau kampung ni.

Internet slow sangat bila di kampung.  Banyak benda macam terbantut.. Perkara2 yg dulu dah di set dalam kepala, terpaksa ditunda untuk masa yg belum pasti.  Kadang2 agak sulit untuk diluahkan... Pergerakan masih terbatas dan harap2 akan menjadi lebih mudah selepas ni.  Kalau tidak, susahlah saya..huhu!

Walau haritu merancang nak balik 3-4 hari je, akhirnya saya decide nak lama sikit.  Sebab lepas ni konon2 dah tak balik.  Tapi sejak semalam plan berubah.  Semalam saya pergi buat pemeriksaan gigi di klinik gigi kerajaan.  Yelah, dah alang2 masa tu ada... Selalu klinik gigi ni orang ramai je terutama yg kerajaan punya.  Semalam agak lengang.  Mungkin sebab saya datang tu dah lebih dari pukul 10.30 pagi.  Baru nak selak muka majalah, dah dipanggil.

Dr buat pemeriksaan.. dia kata ada 2 gigi nak kena tampal.  Tapi kena buat appointment dulu.. Saya pun jumpa nurse kat depan untuk set appointment.  Dapat pada 27 Disember, petang.  Huhuhu...  Macam tu lah kan..  Kita ni punya pilihan- yg pertama di klinik kerajaan.  Murah... pendaftaran cuma RM1, tampal satu gigi = RM2.  Tapi, rawatan tak dibuat pada waktu kita datang buat pemeriksaan.  Kena seminggu dua lepas tu, paling awal mungkin.  Pilihan yg kedua pula ialah klinik swasta.  Takde yuran pendaftaran.  Pemeriksaan dan rawatan dibuat pada waktu yg sama.  Tapi, bayaran adalah antara RM50-60 untuk satu gigi.  Haha.. pilih je lah ye!

Tiba2 saya nak buat appointment tu sebagai alasan nak balik kampung lagi.  Walau macam tak sabar je.  Rasa nak pergi jumpa Dr swasta...  Cuma terfikir juga, sesekali apa salahnya gunakan hak sebagai rakyat Malaysia.  Nikmati yg murah atau pun percuma terutama bab2 kesihatan ni.  Dan bersyukur dengan nikmat ini... :))

Thursday, December 1, 2011

I am Back!

Sudah lepak2 di meja kecik Anjung Hijau... :D   Tiba2 macam tak percaya Bahrain sudah kutinggalkan buat selamanya.  Malam tu saya meninggalkan Bahrain dalam keadaan hujan dan sejuk.  Keadaan cuaca yang sedikit luar dari kebiasaan.  Kalau ikut pengalaman tahun2 yg lepas, waktu macam sekarang ni belum mula sejuk, apalagi hujan.  Tapi tahun ni hujan turun lebih awal... suhu dah turun belas2 degree.  Dah terasa macam kat London hari tu lak hehe...

Flight delayed... patut sampai KLIA pukul 2.30 ptg, semalam kami sampai pukul 5 lebih.  Baru je beberapa minit flight take off, Fawwaz yg dah tertidur menangis dan menjerit.  Menggelisah orang sekeliling sampai ada yg lari cari seat lain.  Bab2 macam ni lah yg akak lemah banyak.  Mengambil masa nak mententeramkan keadaan.  Alhamdulillah... keadaan tidak berulang selepas dia diam.  Memang kena sabar bila anak menangis dalam keadaan tidak sedar, mata terpejam.  Mungkin masa tu tekanan udara tengah tinggi dan dia dalam keadaan terlalu penat.  Bayangkan jelah... belum cukup rehat dari London haritu, sambung pulak malam esoknya ke Malaysia.  Flight pukul 1.45 pagi.. delayed ke 2.50... mak dia pun tak tau nak kata penatnya!

Sampai rumah, macam biasa tak boleh nak sewenang2nya rehat.  Demi masuk, kaki dah tentu jadi hitam dek habuk yg tak kelihatan.  Selagi tak mop, takkan senang hati.  Syukur dapat juga lelap sebelum pukul 11 malam.  Tapi lelap2 ayam... sebab che mat tak tidur lagi.  Duk keluar masuk bilik.  Dia jet lag.  Tak tidur sampai pagi, mundar mandir keluar masuk bilik je kerjanya.  Lampu yg dah dipadam, dia 'on' kan sendiri.  TV terpasang...  Sampailah dekat pukul 6, saya bangun ke depan.  Rupanya panas sikit sebab tak pasang kipas.  Bila dah pasang, saya ajak dia tidur... barulah dia lelap.  Belum pukul 8 dia dah bangun balik... Memang hebat budak ni!  Jam tidurnya kalah orang dewasa...sikit sangat!  Sejak bercuti haritu, jadual tidur dia memang haru biru.  Kesian pulak... Harap2 lepas ni normal balik.

Hari ni bolehlah keluar kejap... cari apa yg takde di dapur.  Yang pasti harini nak order2 je... belum nak masak bagai.  Kereta pun belum disiasat, OK ke tidak.  Harap2 OK lah ye... Apa2 pun, hatiku amat gumbira.  Dalam waktu yang sama, rasa miss pulak kat Bahrain... Entah bila dapat ke sana lagi.