Pages

Monday, December 19, 2011

Macam-Macam Cabaran

Sejuk cuaca petang ni. Hujannya sekejap, tapi sejuk la.. Matapun ala2 layu, tapi dah masuk asar la pulak.  Mana tak layu, baru lepas makan nasi.  Kekenyangan.  Dah petang baru teringat nasi...

Bukan apa, sebenarnya tengahari tadi rasa mengantuk dan nak tidur dulu.  Tapi duk melayan fb dulu, tup2 pukul 2 lebih.  Takpe, mesti nak tidur juga.. best sejuk!  Baru sedap nak lena, telefon bunyi... message dari hubby yg terchenta.  Adalah halnya... tp legalah juga.  Kurang beban perasaan..

Pagi tadi macam biasa keluar rumah untuk melangsaikan apa yg patut.  Senarai sudah ditulis, tapi bila perlu ditengok, dah takde.  Mana entah... Destinasi pertama ke Seri Petaling, ke pejabat CWA utk renew license unit trust hubby.  Hebatla kan.. mana2 tempat kat KL ni, mesti susah nak cari parking.  Dah pusing2 dan dapat parking, office nya pulak lesap.  Puas ku meninjau-ninjau, tapi takde.  Fawwaz dah menunjukkan reaksi tak suka bila dekat dengan restoran arab berdekatan.  So, jomlah... kita masuk kereta!  Next destination is Jln Shamelin Cheras... Dalam hati mula sedikit tak puas...

Baru je nak belok, ternampak papan tanda besar kat bangunan sebelah (blok baru).  Lohhhh... dah tuka rupanya!  Besar gitu boleh tak nampak tadi?  Yelah.. yg aku nampak kopitiam old town tu je!  Mmmm... sama besar, satu di bawah, satu di atas rupanya... Kita pun parkingle kat tepi jalan tu.  Fawwaz pun OK je, nak keluar.  Tapi... dah melintas tu baru dia perasan kopitiam tu agaknya.  Dan2 tu dia berhenti dan tak mau jalan.  Dengan kekerasan mak angkat dia sebab kat tgh jalan.  Mujur dia tak meronta2.  Terus dia tak mau pergi.  Masa patah balik pun dia berhenti kat tgh2 jalan tu dan tak mau walau dipujuk dan tarik... Adalah beberapa saat sebelum akak bertindak jadi super woman!  Rasa semput aku!  Penat + stress jadinya..

Terus mood dia pun kejap2 swing.  Jenuhlah akak.. dahlah masuk MRR2 yg sibuk tu.  Disondol2nya belakang mama dia ni, sampailah sudahnya dia menjadi baik dan tidur sampai ke rumah.  Satu hal pulak nak mengangkat ke atas.  Saya ni ada satu benda yg nak cari dan berharap ada di pasaran.  Seat belt kereta yg serupa dgn kapal terbang punya... Eh! Rasa macam dah pernah sebut.. takpalah!  Ulang tayang...

Entah apa yg ditakutkan Fawwaz tadi... Ada 2 buah restoran yg konsep warnanya sama iaitu coklat dan tulisannya kuning.  Mungkin gabungan warna tu nampak seram..  So En Abe... harap kalau buat rumah nanti jangan catkan coklat ye!  Ada sisi seram di situ...huhu.  Risau juga anak mama yg sorang ni.  Penakutnya menjadi2.  Malam ni mama nak sapu minyak Morhabshi yg baru dapat tadi kat badan.  Nak tengok ada perubahan pada emosi tak.. :)

Minyak morhabshi ni, kalau baca testimoninya umpama minyak ajaib.  Macam2 boleh dirawat selain sebagai minyak sapu/urut.  Tujuan utama saya beli adalah untuk sebagai sapuan kat kaki dan lutut yg mula bermasalah ni.  Juga untuk diberikan kepada mak yg ada masalah kaki juga tu.  Saya ke Tmn Shamelin tadi dalam keadaan tertanya2 sambil meneka2 apa yg pos laju nak bagi.  Masa dia hantar ke rumah Khamis lepas, saya takde.  Rupanya minyak ni lah!  Yg saya teka pun betul..  Tapi sebenarnya saya belum bayar pun masa tu sebab ada kekeliruan sikit.  Password pulak dah terlupa.  MasyaAllah... sebuah perniagaan yg jujur.  Bila saya telefon untuk beritahu yg saya dah terima tapi belum bayar, apa jawab dia?

"Takpe... selalu macam tu. Kita hantar je dulu... Ada yg dapat baru bayar.  Ada yg dah pakai, baru bayar...".

Inilah satu-satunya pembelian online yg rupa gini... Pakai dulu baru bayar.  Balik rumah, cepat2 saya buka M2U dan selesai!  Reset password.  Lepasni boleh sapu mana yg patut.  Moga2 hilang lenguh2 ni.. Maklum dah masuk angka 4 ni lain macam sket.. Apa2 pergerakan pun tak boleh silap.  Ada je urat terpeleot.. Ingatkan aku sorang gini, rupanya bila jumpa kengkawan hari tu, masing2 meluahkan perasaan yg sama. Hehehe.  Dorang tu OK la jugak, anak dah 4-5.  Mak ni anak sorang je pun samaaa... asal masuk 4 je.  Bukan 4 taun daa... 4 poloh!

OKlah.. nak bangun solat dulu.  Hujan pun dah mula turun balik... Best kalau ada benda goreng2 ni.  Tapi perut ni macam kembung la pulak... agaknya sebab minum tea 4life yg agak sejuk tadi.  Adehh!!

No comments:

Post a Comment