Pages

Monday, December 12, 2011

Missing the Old Times..

Dah duduk semula di meja comel Anjung Hijau ni... Baru menghabiskan secawan Nescafe putih kurang manis, dibancuh dengan coffeemate kegemaran saya.  Breakfast pagi ni ringkas je.  Sekeping roti dan 2 batang sosej juga sayur.  Sebelum tu dah makan sebiji karipap saiz kecil.  Goreng pun tak banyak, cuma 2 biji.

Sejak hari Isnin lepas saya di kampung halaman, dan pulang ke sini semalam.  Rasa fresh dan penuh cita-cita dan angan-angan.  Kat kampung tak boleh nak berangan sangat.  Sebab boleh tahan banyak aktiviti (walau tak nampak) dan internet pun slow gilerr!  Susah hati saya kalau internet takde atau slow ni.  Rasa macam blur je.

Sambil menulis, membaca, memikir dan mendengar lagu yg berkumandang dari bilik tu.  Awal2 pagi buka IKIM.fm, dah habis waktu dhuha buka pula Hot.fm.  Sejak semalam tengahari saya macam terperanjat campur suka sebab azan berkumandang dari Hot.fm.  Waktu zohor dan maghrib (waktu lain mungkin saya tak buka radio..).  Tak pasti sudah lama, atau baru sebab kan akak baru je balik sini.  Tak perasan selama ni..  Baguslah kalau gitu.. sebab majoriti pendengar ialah orang Melayu, Islam dan golongan muda.  Elok lah dengar azan.  Jangan dorang tuka channel atau pelankan radio pulak... 

Hari ni orang Selangor cuti... Semalam ada terbaca luahan hati Sultan Selangor di MM.  Akak macam setuju sangat dengan luahan hati sultan tu. Selangor ni macam dah tak macam dulu.  Asyik sibuk dengan cerita politik je.. semua pun nak dipolitikkan.  Saya cuba menilai tanah tumpah darah saya di kebelakangan ini.  Rasa sangat tak seronok.  Contohnya di kampung saya.. di balairaya dekat sebelah kebun tu.  Buatnya di tanah wakaf tok sedara saya.  Dulu2 takde apa2 pun.. Sekarang ni, bila kunci dah beralih tangan atau ada pendua, alih2 pinggan, mangkuk, dulang lesap.  Bukan kat balairaya tu je, tapi rata2 gitu.  Orang lama baik je tak bertanya.  "biarlah..." itu je komen.  Huhu..  Kalau pun depa nak simpan kat stor mana2, patutnya tanya atau bincang dulu dgn orang lama yang membeli.. Itu logik la!  Belum cerita ibu2 tunggal dan miskin yg dapat voucher barangan kat Tesco yg pulang dgn tangan kosong.  Sebab pihak yg berjanji tak bayar... ayoyo tebal muka kan.  Kesian makcik2 tu...

Tapi mungkin benda2 gini tak jadi apa pada mereka.  Mungkin dikatakan cerita media arus perdana yg suka mencari kesalahan pembangkang apalagi dekat2 pilihanraya.  Mungkin pemberian BR1M pun dikata suapan untuk pilihanraya.  Tapi orang2 begini jarang bersyukur..  Masa dapat duit berebut2, di belakang mengeji2 usaha kerajaan tu.  Akak ni bukan ahli mana2, tapi pengundi macam akak ni akan mengundi mengikut situasi semasa.  Berdasarkan prestasi.  Kadang2 cuba buat ujikaji.  Kadang2 ikut hati..hehehe!  Tapi percayalah, semakin lama dan tua, semakin tajam pemerhatian kita.  Kita boleh rasa apa yg benar dan kurang benar.  Tak ada yg sempurna.  Tapi sekurang2nya ambil yang terbaik.  Tepuk dada tanya selera.. tanya iman.  Jangan taksub!

OKlah... tetiba akak berleter pasal nih.. Sebenarnya rimas tau!  Tapi sebenarnya ke mana2 negara kita pergi, pasti ada je isu.  Mungkin kalau takde tu, hilang warna-warninya.  Takde trill!

Hari ni saya cuba untuk berfikiran lebih positif.  Tak mau fikir sangat bende remeh.  Nak mengemas lagi.  Tadi dah memenuhkan plastik sampah hitam tu dengan pelbagai beg tangan dan pakaian.  Buang tu buang ni..  Nak keluar jalan2 naik tren dengan Fawwaz, tapi takut sesak lak.  So, duduk je lah kat rumah.  Nak update resume pun tertangguh je... Sebab tak pasti nak bekerja semula tu.  Masih dinasihati supaya tak bekerja sampai Fawwaz selesa bersekolah.  Tahun depan nak berpindah ke Utara pula.  Akak akur je... Best juga duduk di rumah, cuma poket je tak best sangat.  Tapi dah lama akak latih diri ni mengawal nafsu berbelanja.  Hidup sederhana dengan apa yg ada.  Setakat ni jarang nak terpengaruh dengan benda2 yg rasa macam tak perlu walau mampu.  Yg penting, tak berhutang. Kalau nampak macam mewah tu, tandanya ada rezeki terpijak hehe!

Nak business pun macam ada je rintangan... barang dah tak nampak, fulus nye macam tersekat2 nak masuk... Kadangkala menjadi serba salah.  Makan dalam.  Hanya Allah je yg tahu apa yg saya fikirkan ni..  Mungkin ada yg tak kena.  Saya sendiri nak buat pembersihan utk diri sendiri supaya Allah permudahkan untuk saya.  Buka pintu rezeki yg luas buat saya.  Sebab saya yakin, bab2 duit ni, kalau kita tak selesaikan hutang orang, kita sendiri pun takkan senang sampai bila2.  Rezeki tak melekat!  Walau saya tak berhutang dengan orang, mungkin ada bil lama yg tertunggak dan dipandang mudah.  Walau bukan salah kita, kenalah berbincang kan...  
Browsing file lama... terjumpa gambar ni.  Masa ni umur 36 thn, dah berusia la jugak, tapi belum ada anak.  Muka tu kiranya belum kusam dan fresh.  Tapi, bila tengok gambar2 terkini, terasa diri ini pantas dimamah usia... hahahaaa adoh!!

No comments:

Post a Comment