Pages

Tuesday, December 13, 2011

Hari Komplen... Ishh Tak Syokk laaa

Hehe... dah takde tajuk lain gamaknye!  Akak ni kadang tu asalnya nak marah, tapi bila buka je "new post" kat blog ni, terus rasa nak suka...  Kan ke ini blog syok sendiri.  Sembang2 sendiri... Kejap tadi teringin lak nak klik kat satu blog paling popular tu.. tapi macam tak serasi, terus tutup.  Herannn je... tapi diam jelah!

Pagi ni diari saya masih tahap2 biasa je.  Bangun buat sarapan, sapu2 lantai, mop balkoni... pastu hapa ntah!  Adalah berangan sikit.... Ada juga buat anjakan paradigma kerohanian sket. Tup2, dah pukul 10 pagi.  Terus ajak Fawwaz keluar gi Giant BK5.  Dah 2 kali pergi sejak balik ni, langsung tak ajak Fawwaz ke playland atas tu.  Dia pun tak minta ke situ.  So, save 30 minit.. :))  Sebelum gi Giant, terfikir nak cari bahan kek.  Teringin nak mencabar diri buat kek yg sedikit rumit (buat akak le..) dan paling sedap.  Dah berkira nak ambik apa kat situ nanti.  Alih2 bila kat situ, rasa dah tak teringin.  Yg dapat loyang kek sebijik... butter pun macam tak ikut balik je!  Setakat buttercup adalah kat petisejuk tu ehehh... tak berapa sesuai.  Nak ambik telur pun Fawwaz tak bagi.  Akak kalau ada pilihan, nak tinggal je budak kecik ni.. Tadi asyik membebel je kat dia sebab situ tak mau sini tak mau... Bilalah aku nak abis pantang neh!!

Tapi hujung2 dia OK... dia nak ceklat, mama ambikkan satu kitkat.  Pastu nampak Ribena pastilles, nak jugak.  Mama suruh buat pilihan dia nak mana satu, pastu letakkan yg satu tu balik.  Dia pilih ribena.  Ini cara saya mengajar dia agar tak makan jajan sangat, atau tamak nak itu dan ini.  Setakat ni, kalau bawak ke kedai esp kat kampung, dia akan ambil satu je.. Kalau kita pilihkan yg lain untuk tambah, dia akan letak balik yg satu hehe!  Kalau roti ke, kek atau biskut takpe nak lebih...

Komplen I
Lepas abis shopping groceries, dia cakap nak makan.  "Nak pizza?".  Dia angguk dan suka.. Terus tuju ke Pizzahut kat bawah tu.  Ceria bukan main!  Order set personal pan je.  At first semuanya OK.  Pantas je sampai air dan sup, lepastu garlic bread.  Sup tu rasa gak macam berbiji2 tapi tak ambik kisah sangat.  Baru 4-5 sudu, pizza pun datang.  Tak sabar2 cikmat nak makan!  Bila saya mula potong kecik2, rasa lain macam. Tak gebu roti tu macam selalu.  Terus juga potong dan Fawwaz yg tak sabar pun mula cucuk satu persatu dgn garfu.  Tapi lepas tu dia mcm tak enjoy.  Yelah... rupanya tepung tu macam mentah lagi.  Doh lapisan atas tu belum jadi roti... benyek je!  Dahle kena cheese n sos, bertambah padat dan benyek.  Mula saya pun cuba makan 1 bhg, pastu kuis2 topping tu sikit.. Lepas tu panggil sorang crew suruh tengok.  Dia kata memang macam tu.  Tak puas hati, aku tenyeh2, kuis semua topping.  Dah Fawwaz pun tak mau makan... Bila ajak balik dia angguk2.

Masa bayar tu, saya cakap "pizza awak ni low quality..tak jadi.. tak boleh nak makan... macam lempeng". (kalau lempeng tu boleh gak makan, ni tepung mentah).  Dia pun ikut tengok dan saya cubit2 pizza tu... "tengok!".

Dia kata nak ganti ke apa, saya kata "tak payah lah.. takde selera".  Bunyi macam merajuk.  Itulah akak.. suka merajuk kalau makanan tak menepati spesifikasi.  Lebih baik dari marah2 tak tentu arah.  Tapi membebel jugaaaa.... Hahaha.. itulah kisah pizza yg diperbesar2kan oleh ku.  Lepas ni nak makan Domino pizza je.  Lagi sedap.  Dahlah sepelaung je dari rumah.  Cuma kat domino tu tak happening sangat.. makan dalam kotak je huhu!  Agaknya sebab delivery centre..

Komplen II
Tak tau sistem apa Bank Islam pakai utk internet banking nya.  Sangat tak user friendly.  Tak macam Maybank atau CIMB.  Mungkin baik dari segi keselamatan siber.  Tapi kenalah belajar dgn M2U dan CIMB Clicks yg sangat besar penggunanya tu.  Ni, dahlah kena guna IE je, google chrome macam tak boleh (tadi cuba sampai ke sudah tak keluar screen)... Tak taulah firefox, sebab dah lama tak guna.  Lepas tu ke window lain.. lepas tu kadang2 kena CTR+click... aisss banyak songelnya.  Tak sesuai ngan orang "penyabor" macam akak ni.. :P  Walaupun duit akak adalah beberapa sen kat situ, nak juga bebel.  Dorang kenalah tau kenapa bank baru dalam islamic banking world lagi cepat naiknya... Benda kecik ni pun boleh jadi halangan tau...

OKlah.. nak tutup blog dah.  Jemu lah, harini duk membebel je.  Dah akak takde sapa nak diajak cerita.  Ajak fawwaz sembang, baru nak buka mulut, dia dah minta botol... susu ya! hahaha.... cheeersss!!!

Pizza benyek @ pizzahut... mujur tak bawak kamera.. yg putih tu kan rupa doh lagi tuu...

Lebih baik makan ni... cucoq nasi pagi tadi

No comments:

Post a Comment