Pages

Tuesday, December 20, 2011

Kembali Kepada Penciptanya...

Kala ini saya berasa amat sedih.  Ditambah dengan cuaca yg dingin, dengan hujan yg turun sejak tadi.. Saya mengambil kesempatan diwaktu hujan ini dengan berdoa semoga tidak ditimpa musibah dalam keadaan tidak bersedia, dikurniakan kesihatan yg baik dan beberapa lagi bisikan kepada Allah Maha Pencipta.

Kesedihan ini bermula sejak saya membaca status FB kawan saya Safinaz atau Finaz.  Dia memberitahu suaminya telah pulang ke rahmatullah pagi tadi.  Boleh kata mudalah lagi suaminya itu... terkena heart attack!  Finaz yg tinggal di Perlis, sedang dalam proses berpindah semula ke KL hujung tahun ni, dan rasanya baru beberapa hari balik ke KL (tak pasti pindah terus atau sekejap).  Sesungguhnya Allah mendahului apa yg kita rancang.

Ya Tuhan.. andai aku berada di tempat Finaz, pasti aku terkejut dan celaru.  Semoga Kau tabahkan hati sahabatku itu... kuatkan semangatnya... pelihara dia dan anak2nya terutama 2 orang anak yatim itu.  Kerongkong saya semakin sakit bila melihat gambar dan memikirkan anak2 yatim itu.  Semoga Finaz tabah dalam membesarkan anak2 sendirian...

InsyaAllah dalam waktu terdekat, teringin saya melawat Finaz dan anak2.  Hari ini tak dapat pergi sebab memikirkan Fawwaz.  Takut ramai2 orang, dia tak mau keluar kereta pulak.  Tadi pergi kedai pun, dia tak mau keluar..

*************************
Nota tentang iddah isteri yg kematian suami - untuk peringatan diri ini juga.  Dipetik dari : http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com

Iddah bagi wanita yang kematian suaminya adalah selama 4 bulan 10 hari sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw :

“Tidak halal kepada wanita yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat berkabung untuk sesuatu kematian lebih daripada 3 hari kecuali bagi wanita yang kematian suaminya.Dia hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari.”

(Hadis Sahih riwayat Ahmad : 6/327 dan al-baihaqi dalam al-Kubra : 7/438)

Sepanjang tempoh tersebut wanita tersebut tidak boleh memakai bau-bauan dan barang perhiasan, malahan wajib ke atasnya untuk terus menetap di tempat yang disediakan oleh suaminya (rumah kediaman) sehingga berakhir ‘iddahnya dan tidak perlu ia berpindah ke rumah kaum keluarganya.Ia juga tidak boleh keluar dari rumah tersebut melainkan dharurat sahaja.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah , ayat 234 :
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.


No comments:

Post a Comment