Pages

Tuesday, February 21, 2012

Apa Tugas Surirumah?


Dulu, semasa bekerja, saya kurang berfikir yang tugas-tugas surirumah ini sangat berat.  Bila sudah melaluinya selama hampir 5 tahun secara sepenuh masa, tidak dinafikan ia bukan semudah yang disangka. Ianya menuntut kekuatan mental dan fizikal.  Ditambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.  Namun, redhalah... kerana sangat besar ganjaran pahalanya.  Asalkan kita ikhlas dan melakukannya kerana Allah Ta'ala.

Tugas-tugas surirumah tidak akan selesai sedari bangun tidur hingga ke waktu tidur semula.  Namun, semuanya bergantung kepada ketangkasan kita dan kebijaksanaan kita dalam membahagikan waktu.  Surirumah juga perlukan "time management" yang baik.

Kita lihat apa tugas2 biasa yang saya lakukan sebagai contoh:

Pagi :
-  Solat
-  Menyediakan sarapan.  Kalau rajin masak sendiri. Kalau nak senang, buat air/susu dan makan roti atau bijirin je.  Kalau dekat, boleh beli je kat gerai
-  Hantar anak ke sekolah
-  Balik rumah.  Sarapan (saya lebih suka sarapan sambil santai menonton TV, membaca berita online atau buka facebook)
-  Membasuh pakaian (mesin).  Baju sekolah dan tudung, basuh dengan tangan.  Cadar dan tuala kena tukar setiap minggu
-  Menyapu seluruh rumah.  Seminggu sekali, vacuum dan mop lantai
-  Mengemas, terutamanya permainan si kecil yang memenuhi ruang TV
-  Mencuci pinggan, mangkuk, cawan, periuk yg tiada kesudahan
-  Menyidai pakaian dan melipat pakaian kering
-  Masak untuk tengahari.  Kalau cuma berdua dengan anak, lebih ekonomikal beli makanan di restoran atau gerai
-  Online > dilakukan dgn tugas2 lain, utk terapi pagi dan mengikuti perkembangan semasa
-  Menjemput anak dari sekolah

Tengahari
-  Makan dan solat
-  Online
-  Tidur sekejap (selalunya tak sempat atau sekadar tidur ayam sebab anak kacau/bising)
-  Projek dapur > buat kuih, masak untuk malam dan lain-lain
-  Layan anak.  Kalau sempat atau anak tak tidur, pergi beriadah di taman depan rumah
-  Mandi, mandikan anak dll

Malam
-  Solat
-  Makan malam atau sekadar makan ringan dan minum kopi.  Suap anak dan melayan apa yg patut
-  Mengemas dapur termasuk cuci pinggan mangkuk dan lap dapur (saya tak suka tengok dapur putih saya tu berminyak)
-  2-3 hari sekali kena menggosok pakaian, termasuk pakaian harian. Paling tak suka, nak menyimpan pakaian2 tu ke dalam almari  :P
-  Online.  Termasuk menulis, berangan dan macam2..
-  Layan anak.  Kadang2 join dia tengok katun
-  Saya juga sering membasuh pakaian dan melipat kain di sebelah malam.  Kadang siang malam membasuh sebab pantang tengok benda kotor
-  Tidurkan anak
-  Saya pun join tidur... penat dah!!

Ini adalah jadual kalau suami tiada di rumah.  Kalau dia ada, tugas-tugas akan bertambah sedikit.  Yang kurang ialah kadar 'online' saya sebab dia guna laptop ni.. hehehe!

So, memang kerja di rumah takkan habis.  Bezanya dengan kalau kita separuh masa di tempat kerja ialah, kita tiada tekanan lain, dari pihak lain termasuk bos atau rakan sekerja juga pelanggan.  Tapi, yang membuat kita tertekan pula ialah tiada rakan untuk bercerita atau berkongsi perasaan. Kadangkala tak ada 'break' sebab ada sahaja benda yg terlihat atau terlintas di fikiran untuk dilakukan.  Mata sakit tengok gelas di sink, mainan di bawah sofa, rak TV berhabuk, dan lain-lain.

Semasa berbual-bual dengan rakan-rakan seangkatan di Bahrain dulu, mereka pun mengadu yang kerja di rumah tiada penghabisannya.  Dan mereka memberi tips kepada saya, agar sesekali membiarkan sinki penuh, pinggan mangkuk tidak bercuci, rumah bersepah dengan permainan.. kerana jika tidak, kita akan penat mengulangi pekerjaan yang sama.  Memang betul...

Tapi, membersihkan rumah sebenarnya satu terapi.  Hati jadi lapang selepas kita melihat tandas dan bilik mandi bersih (sebab tu juga anak kita akan 'geli' dengan tandas lain.. huhu).  Hati jadi gembira apabila dapat memasak makanan yang enak yang dihargai anak dan suami.  Lagi gembira kalau dapat bersedekah atau berkongsi makanan2 tu dengan orang lain.  Jadi, bersyukurlah kerana dapat peluang menjadi surirumah sepenuh masa.  Kerana ramai yang menanti peluang itu.  Hidup sederhana adakalanya lebih baik dari berlebih2.. Kerana banyak mana pun wang, ianya tetap tidak akan mencukupi.

No comments:

Post a Comment