Lepas hantar Fawwaz, singgah rumah untuk minum sekejap, terus keluar balik ke Serdang. Nak jumpa doktor.. adalah sebabnya tu! Punyalah lama kat klinik tu.. Ramai orang... Masuk pukul 9, nama naik dekat pukul 11. So, lepas selesai kenalah terus ke Seri Petaling, jemput Fawwaz. Hari ni nak treat dia dengan makanan kegemarannya iaitu spaghetti creamy carbonara Pizza Hut.
PHD dekat je dengan sekolah. Lepas beli, singgah dulu kedai 24.. beli eskrim. Perghh.. sedapnya panas2 tu makan aiskrim potong berperisa durian. Dah lama tak makan. Menjerit2 gigiku kena sejuk.. adalah yg tak kena tu!
Ihsan yahoo - kalau dulu rupa gini, sekarang dah tak..
Tapi excited Fawwaz cuma seketika... Bila mama buka je bekas pasta tu, yg nampak bukan carbonara.. tapi spaghetti bolognese. Mmm.. mati selera si Fawwaz sebab dia tak makan yg lain. Mak pun naik geram! Bukan apa, dah terang2 mak sebut carbonara dan budak perempuan tu ulang cakap. Dapatnya lain.. So, kalau kejadian begini berlaku, telefonlah semula tempat tu. Sempatle mak sound "Korang ni berangan ke? Saya sorang je pelanggan yg masuk tadi (tu pun boleh silap)..". Sebelum meneruskan kata2 "Boleh tak ganti dan hantar ke rumah... saya nak carbonara. Yg ni anak saya tak mau.. Saya pun tak mau.."
Maka, tak lama kemudian sampailah spaghetti gantian ke depan pintu.... Sambil membawa pesanan "manager minta maaf"... Dan jadilah, buy 1 get 1 free... Ado lagi yg free kat atas dapur tu hehe!
Adoiii... ini bukanlah pertama kali PHD tu buat kesilapan. Kalau setakat isi tak lengkap tu, dah pernah dah, tapi saya tak bising... Pizza tak masak pun ada, saya cuma komplen dan keluar dari situ. Tak masak dan benyek lagi tepung tu.. Tapi saya tetap melangganinya. Bukan kerana pizza, tapi spaghetti creamy carbonara kegemaran si Ahmad Fawwaz. Kalau buat sendiri pun tak berbaloi dengan tenaga dan wang ringgit. Sebab pemakannya cuma si kecik tu.. Beli kat tempat lain pun tak kena dengan citarasa dia. Nak tak nak kena juga melangkah ke situ. Inilah antara fast food yg dia makan selain pizza dan fries. Nugget, ayam goreng dan burger tak berapa masuk atau tak makan langsung. Sesekali je pun belikan ni.. Tengok situasi dan kesempatan... Tak boleh ajar selalu makan benda2 gini..
No comments:
Post a Comment