Pagi tadi bangun seawal <>4.45 pagi. Menahan diri dari keluar bilik, tapi hati tu tak senang je. Teringat2 budak kecik yg tidur di luar tu. Lama2 keluar juga.. Mmmm betulla.. TV dah terbuka. Dan suara halus tu cepat2 ucap "Assalamualaikum!" bila nampak muka mak dia. Adoi... pukul berapalah kamu bangun nak?!
Dan selepas tu, walau mama dia duk baring sama depan TV tu, pura2 pejam, si anak macam tu juga. Besar mata dia... Abah pun rupanya tak boleh tidur. Keluar je, cakap "Sabahul khair..!" dgn kuat. Lagilah dia suka.. Bila mama tegur (ala marah sbb konon2 terganggu anak nak tido balik), abah masuk bilik semula.. heheh!
Sampai dekat pukul 6, dia minta susu, dan mata tetap besar walau TV dah dimatikan... Mama give up! Terus buka lampu terang2... Masuk dapur buat sarapan. Dia lagilah... terus menyanyi2. Aduh anakku... berapa jamlah kamu tidur ni? Kamulah budak kecik yg paling tak suka tidur kot... Malam dahla tidur lambat. Jangan2 masa ni Fawwaz tgh tidur dalam kelas..huhuhu!
No comments:
Post a Comment