Pages

Monday, February 20, 2012

Pelbagai Cerita Hujung Minggu

Sememangnya kita ini hanya mampu merancang.  Namun Allah yang menentukan segalanya..

Banyak perancangan nak dibuat di hujung minggu, tapi berakhir dengan balik kampung.  En abe balik ke Jitra, cousin nak balik kolej, nak buat sample kuih, nak mengemas semula selepas unpack barang2 yg baru tiba dari Bahrain, dan lain2.  Namun menjelang senja hari Jumaat, Kak Sur  menelefon yang ayah jatuh (almost kena stroke), dan dimasukkan ke hospital.  Bunyinya macam kritikal bila pihak hospital Sabak Bernam tu nak menghantar ayah ke Hospital Kelang.  Tapi tak jadi kerana jantungnya lemah.  Dihantar pula ke Hospital Teluk Intan.  Saya risau yg tersangat kerana sepanjang siang menahan tidur (walau mengantuk sebab berjaga di awal pagi membuat kuih), dah tentu semakin malam makin mengantuk.. Dan saya juga dah lama tak memandu jauh di tengah malam.  Amat berat nak memandu selama lebih 3 jam hanya bersama Fawwaz.  Saya hanya mampu berdoa, memohon Allah berikan yg terbaik untuk semua orang, sambil bersiap sedia untuk pulang di awal pagi esoknya.

Alhamdulillah... dalam perjalanan, kak Na pula menghantar pesanan SMS yang ayah bertindakbalas dengan baik terhadap ubat yang diberi.  Saya pun lega dan memandu dengan tenang.  Sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan Perak, saya pass dulu Fawwaz pada pakcik di Sabak Bernam.  Dari Sabak Bernam ke Teluk Intan mengambil masa hampir 1 jam.  Lega bila berjumpa ayah dan mak di situ.  Walau nampak lemah pernafasannya, ayah kelihatan segar.  Memang dia mempunyai masalah jantung, darah tinggi dan macam2 lagi..

2 malam di hospital, akhirnya doktor benarkan ayah keluar pada hari Ahad semalam.  Menggelisah juga sementara nak tunggu keputusan dan keluar dari situ.  Nak jadi cerita, demi nak keluar je, gout ayah pula menyerang.  Bengkak kakinya.. Tapi demi nak keluar dari situ, dia gagahkan juga..  Semoga ayah semakin sihat dan dikurniakan kesabaran dalam sebarang perkara.

------------------
Hari ni (Isnin) kami pulang ke KL.  Fawwaz ponteng sekolah.. Singgah sekejap di rumah mak di Sg Besar.  Mak yang masih gagah membuat kuih untuk dijual walau keadaan kakinya yg sakit tu.. Walau pun boleh kata tak berapa sihat, mak memang rajin di dapur.  Dan mungkin sebab itu, anak2 ni mengikut sedikit sifatnya yang tak boleh diam berehat.. dan suka memasak.  Segalanya secara semulajadi walau antara kami anak2 perempuan mak seramai 5 orang, hanya 2 orang yg membesar bersama mak.  Kami mewarisi sikap berdikari dan kekuatan jiwa mak dan tidak hanya bergantung kepada orang lain.  Ada ketika dirasakan, sebab berdikari ni lah, ada pihak yg mengambil kesempatan samada secara sedar atau tidak.

Hanya beberapa minit bersembang dengan mak, saya pun meneruskan perjalanan dengan membawa 2 ketul kuih apam mak yg tiada tandingan untuk Fawwaz yg selalu mengelat nak jumpa mbah.

---------------
Perjalanan yg tenang ada ketika menguji iman.  Yang penting, jangan lupa membaca doa naik kenderaan setiap kali memulakan perjalanan.  Jalan yg tidak berapa rata, berlekuk2, mendap dan sebagainya agak membahayakan.  Lampu isyarat pula agak mengelirukan... Di beberapa tempat, lampu kuning hanya menyala bagai sekelip mata atau sesaat.  Tadi saja, beberapa kali saya terpaksa membuat 'emergency brake'.  Manakan tidak, jarak hanya beberapa meter, lampu masih hijau menyala.  Kita pun memandu macam biasa, sederhana laju.. Tiba2 bertukar kuning terus merah.  Satu saat je kuning, dan tak sempat buat persediaan untuk berhenti macam biasanya tu.  Bila tekan brek kecemasan, terpelanting budak yg sedang tidur di belakang.  Mujur tak keterlaluan dan tangan saya pantas menahan.  Memang 'habit' saya apabila menekan brek, tangan pantas menahan si anak yang kadang2 di sebelah.  Kadang2 kalau orang lain duduk di sebelah pun saya terbuat begitu... Dan tadi, mujur juga tak banyak kenderaan tiap kali saya buat tindakan kecemasan.

Itulah gunanya doa naik kenderaan... Hanya perlu yakin dan berserah apabila berdoa..

No comments:

Post a Comment