Pages

Sunday, June 30, 2013

Fawwaz Hari Ini...

Hari ni mata dan hati mak ni diam2 duk perhati tingkahlaku Fawwaz. Bangun awal sebelum 6.30 pagi.. sambil tersenyum bila tengok uminya keluar bathroom, lepas mandi. Mood baik la tu, walau dia tahu hari ni hari Ahad, kena pergi sekolah awal pagi. Agaknya sebab dapat ambil alih tempat tidur umi kat sebelah abi yang entah sedar ke tidak Fawwaz kat sebelah tu.. hehe!

Sampai di sekolah lebih awal dari kebiasaan tanpa ada ragam. Terus je menuju ke tempat assembly tanpa menoleh ke belakang atau tunggu cikgu jemput. Kebiasaannya dia akan mundar-mandir dulu sampai ada cikgu ajak atau panggil.

Habis waktu sekolah, umi tengok dia tengah duduk di tempatnya. Bila cikgu panggil, baru dia bangun dan naikkan kerusi ke atas meja. Terus keluar pakai kasut tanpa perlu humming atau mundar-mandir dulu.

Sampai rumah pun umi sedar yang bajunya pun masih elok kemas masuk dalam seluar. Kalau tak dah dikeluarkannya siap-siap. Semua yang dipakai dibuka sendiri dan diletak di tempat sewajarnya.

Itulah pemerhatian mak hari ni. Hari pertama selepas balik dari Attitude Therapy semalam. Sekarang Fawwaz mandi guna aromatherapy shower gel dan titisan seri wangi. Dengan izin Allah dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dan ketenangan padanya. Lepas tu bagi makan JERI quotient.  Fawwaz tanya "what's this?".  Dr jawab "it's for you, to be more clever..." hihihi...



Thursday, June 27, 2013

Shopping!

Seharian banyak membuang masa di depan komputer ni. Mencari2 sesuatu tapi tak dapat2 sampai ke sudah. Sebenarnya ini adalah sambungan dari pencarian semalam.

Mula-mula nak cari thermo pot yang canggih sikit dari yg sebelumnya. Sebelum ni guna brand Sanyo dan menemui ajalnya betul2 selepas akak balik dari kampung. Dah lebih 6 tahun pakai. Rosaknya sebab badan dah tanggal2 dan berbahaya. Tapi suis masih elok.. So, nak cari brand Toshiba pulak sebab dah berkenan yang kat rumah kampung tu. Jenis non-stick, latest trend. Semua tempat yang saya pergi tak jual. Target seterusnya ialah Senheng sebab online ada jual. Malangnya bila akak ke kedai tu, semedang tak bukak lagi! Frust betul... Kalau takde tujuan tu, tengok bukak je...

Lepas tu nak cari baju kurung raya. Keluar masuk kedai online dan fizikal, susah betul nak jumpa yang berkenan. Bila jumpa, saiz takde. Semalam ada masuk satu kedai di Jitra ni. Memang berkenan sangat. Memang nekad nak beli. Tapi saiz takde.. huhu! Tadi pun masuk satu kedai jugak. Ada jugak yang berkenan, tapi batu2 yg besar dan bertaburan mematikan selera akak. Memang trend balik kot, batu2 bertaburan ni.. leceh arr nak gosok nanti..

Dah beberapa tahun sebenarnya akak beli baju siap cuma kat satu kedai. Lokasi di Sg Besar. Tapi balik hari tu tak sempat nak ke kedai tu. Asyik duk melawat klinik gigi yang sampai sudah tak buka tu. Akak pulak bukan jenis yang rajin nak masuk satu kedai ke satu kedai pakaian... Mmmm bilalah pencarian nak selesai kalau camni. Belum masuk bab tudung lagi...

Lepas tu entah berapa puluh kali masuk kedai Lazada. Adalah yang di skodeng tuuu... Tapi tak sudah2 nak fikir... Tadi sempat masukkan satu barang dalam wish list je. Tiba2 rasa nak buat kejutan pada diri sendiri.. Membelikan diri sendiri sesuatu yg tak dijangka ... hehe!

Ngantuk pulak...

Wednesday, June 26, 2013

Sarapan dan Emosi Pagi

Jom sarapan adik2! Jangan sesekali tinggalkan sarapan dalam diet harian kita.. Bulan puasa pun kena sarapan (sahur) tau... Akak ni dari kecik memang terdidik dengan sarapan. Jadi, memang tak boleh skip..

Sejak beberapa hari lepas akak berusaha untuk memperbaiki diet. Sebab sedari dulu kolestrol akak memang tinggi. Sekejap tu turun sikit, tapi ni dah naik balik sampai mencapai 6.4. Tapi tak boleh nak ubah corak pemakanan sebab dah hobi buat kek dan kuih muih.

Jadinya, bermula minggu ni akak sedaya upaya makan oats setiap pagi. Tak banyak, dalam 3 sudu kecil je.. tapi penuh membumbung. Lepas tu telan dengan tanpa perasaan. Sebab kalau dengan perasaan, susah nak telan. Akak tak suka ini jenis punya makanan hahaha... Lepas tu, makanla apa2 pun.. Sekurang2nya, adalah juga serat masuk. Sebelum puasa nak check balik kalau ada improvement.

Gembira tau kalau dapat breakfast, lepas tu minum nescafe lagi.. mcm lagu coffeemate dengan coffee, satu paduan yg sebenar.... Walau pagi ni hati akak agak beremosi. Rasa sebak lepas hantar Fawwaz ke sekolah. Lepas salam depan kelas, mak ni suruhlah dia masuk. Tolak pelan2 supaya dia masuk. Tapi dia buat dek macam tak dengar. Dia duk berlegar-legar je, mundar mandir, senyum dan berilusi. Selalunya akak memang tak desak dia bila di sekolah atau di luar. Biar cikgu atau kawan2 yang panggil sebab dia akan lebih patuh.

Bila mak ni dah masuk kereta dan tengok dari luar pagar, pun dia masih mundar-mandir di depan kelas. Sebenarnya macam-macam yang menerawang di fikiran, cuma tak mau terlalu mendesak diri dan stress. Hari Sabtu ni mak dah buat appointment dengan seorang pakar therapy di Ipoh. Moga-moga ada perkembangan yang lebih baik, sebab baru nak bermula semula. Selepas berhenti usaha lebih setahun lepas. Perbuatan mundar-mandir sambil bercakap sendiri ni semakin menjadi-jadi di kebelakangan ni. Cikgu pun cakap macam tu. Dan tak semua orang faham perasaan mak ni melainkan beberapa orang terdekat. Even abi pun baru kebelakangan ni boleh diajak berbincang.

Untuk motivasi diri, akak selalu berfikir, inilah cara Allah menganugerahkan kesabaran buat seorang ibu. Dan pasti ada hikmah disebalik ujian ini... Amin.  Smile... :))


Sunday, June 16, 2013

Perihal Gigi Sakit

Hari ni terhapus sudah gigi akak sebatang... Berminggu-minggu menahan derita sakit gigi... Subhanallah. Sempat bawa balik kampung, pastu ke KL, balik Jitra semula.. Yang buat lagi lama tu, menahan diri dari makan antibiotik. Seboleh-bolehnya memang nak elak antibiotik, tapi selepas berfikir yang sakit tu takkan hilang kalau tak makan, maka teruskan jelah. Habis je antibiotik tu, memang hilang sakit. Buat kita terfikir untuk tak buat apa2. Sebenarnya ini dah pernah berlaku tahun lepas... Kiranya kejadian ulangan pada gigi yang sama.

Bila tengok rupa paras gigi yang dah tak elok tu, kuatkan juga hati nak cabut. Asal mula nak buat root canal, tapi bazir duit je sebab dah tak guna pun. So, dari bajet RM300 (tak masuk tampal), jadi RM40 je.. hehe! Cuma seksanya masa proses nak hentikan darah tu. Dan sampai sekarang denyutan halus masih terasa.

Antara TIPS yang akak dapat untuk mengurangkan seksa pendarahan selepas cabut gigi:

1)  Jangan berkumur (selama satu hari, kata pembantu klinik) dan juga orang2 lain
2)  Gigit gauze tu dalam 2 jam. Ada yang kata jangan tukar sebab gauze kering akan melekat pada bekas cabutan tu. Tapi akak tukarlah jugak 2 kali
3)  Yang akak buat lagi ialah mencuci mulut (bukan kumur) dengan air ais. Cuci secara lemah lembut. Kalau tak cuci, rimas betul dengan darah yang tak berhenti keluar tu. Maklumle, akak spesis darah cair...
4) Selepas lebih 2 jam, cuba keluarkan gauze.. Kalau darah tu tak mengalir, kira OK la.. Tapi jangan lasak2, nak gigit itu ini atau berkumur.. Kalau lapar pun, makan benda2 sejuk dan lembut je.

Itulah antara tips buat sesiapa yang jarang atau tak pernah cabut gigi. Pengalaman itu agak merimaskan. Dahlah bibir rasa bengkak macam kena suntikan kolagen. Terasa air liur menjejeh je, padahal tidak.. hehe.

Jagalah kebajikan gigi kita. Tapi bagi kes akak, bukan tak jaga kebajikan.. Akak rasa badan ni kurang kalsium. Jaga macamana pun tetap rosak selalu.. Maklum, kecik2 dulu tak minum susu. Tapi minum kopi kampung nan hitam tu.. sob sob, sedihkan...


Tuesday, June 11, 2013

Macam2 Hal... :D

Budak kecik yang tengah tidur nyenyak tu, tadi pagi dah berjaya mengalahkan mak dia. Berjaya untuk tidak ke sekolah dan terlepas dari kena denda. Lepas main kejar2, bacakan ayat2 macam selalu tu, mandikan dalam keadaan masih berbaju, dan macam2 lagi, tetap tak mau ke sekolah. Malah sanggup duduk atas toilet bowl dan tak keluar2 dari situ sampai hampir pukul 9 pagi. Peluang keemasan sebegini boleh dibuat bila abi takde di rumah je.

Mak dah tak larat nak marah. Dah set takkan bagi guna komputer. Siap sorokkan kat bilik sebelah. Posisi biasanya adalah di bawah dah mengadap TV dan pintu. Tapi.... tiba2 abi balik sini. Dicarinya netbook ni sebab nak tengok stock market. Memang kalau nak bekerja dari rumah ni, netbook akak jadi mangsa. Lepas tu nak bawak anak pergi renew passport, sementelah dah ponteng tu. Maka habis punahlah kaedah denda mak. Anak pun selamat, boleh keluar dan lepas tu balik main game. Cuma bijaknya si anak, tetap sedar mak tengah marah kat dia atau sedar yg dia buat salah. Tak terus terjah macam selalu. Bila mak dah bagi green light baru dia berani pegang mouse.

Masa buat passport hampir tak mau bekerjasama. Maklum kena cop jari, 'dirty' katanya. Tapi pegawai yang  menyerahkan passport tadi agak cekap. Tindakan pantasnya berjaya menghasilkan cop jari Fawwaz yang cantik berbanding masa sesi nak buat tu.. 

Dengan anak akak memang semua nak kena pantas sebelum dia ubah mood. Macam masa nak ambil gambar tu la.. Goyang sana, goyang sini.. lari, tak mau duduk kat kerusi.. kejap duduk bersimpuh.. tarik baju, kolar herot.. Pening jurugambarnya! Tapi akak tengok sabar je orang tu.. Dapat tangkap gambar muka pun jadi. Badan tak kisah sangat.. Maka hasilnya adalah seperti di bawah. Sebuah gambar superimpose.. Muka anakku, baju orang lain... huhuhu. Duhai anak, sampai bilalah nak buat orang pening macam ni... 


Akak tetap kagum dgn hasil jurugambar masa kat Bahrain dulu.. Jurugambar bangsa India yg tenang dan dapat menghasilkan gambar yang di sebelah kiri ni dengan comelnya... Padahal sama juga, tak duduk diam.. hahahh

Sunday, June 9, 2013

I Don't Want Sekolah... :)

Dah hujung2 musim cuti mak mula provoke si bujang tu tentang sekolah... Memang pantang habis kalau disebut perkataan sekolah. Kerja2 yang cikgu bekalkan sebelum cuti langsung tak mau diusik. Walau mak dah mulakan 1 muka.. Kalau dulu2 datang juga keinginan dia nak turut serta. Ini langsung tak mau! Memang ikutkan nak melakukan kekerasan.. Tapi memikirkan 'kekurangan' dia, mak terpaksa simpan juga. Kalau ada rotan kat rumah ni, mau kukerjakan. Tu sebab tak simpan.. Sedaya upaya mak ni nak gunakan psikologi konon2nya..

Maka cuti pun selesai... Hari ni kena pergi ke sekolah. Sedari kelmarin mak dah 'jampi'2 apa yang patut. Nak tidur je bacakan kuat2 surah Taha ayat 1-5 dan hembuskan ke muka dia. Bacakan 3 kul selain Al-Fatihah. Mula2 dulu dia marah. Tapi lama2 dia beralah juga.. Malam tadi mak siap pasang surah Ruqyah sampai habis, supaya dijauhi syaitan dan jin dari persekitaran ni. Tidurnya pun mudah. Bangun tak payah dikejut. Bukan nak kata ada gangguan jin, tapi mana taukan... Usaha je lah apa yang mampu.

Buka mata pagi tadi dah cakap "NO SKOLAH!".. I don't want sekolah.. I don't want susu.. Mat saleh celup ni.. Tak mau dirasuah kaedahnya. Baguslah nak. Berdosa jika amalkan rasuah.. Tapi susu tu bukan rasuah. Sampai la ni ummi dah risau fikir 'tummy' Fawwaz. Sebab tak minum susu dan tak sarapan.

Maka pagi ni nampaklah cikgu yang selalu tunggu kat pagar tu, perangai anak ummi.. Sarung baju bilah dah sampai sekolah. First day of school is always a challenge. Sampai pakai baju pun kat sekolah. Anak awak ada?? hehehe... Belum kira liatnya nak masuk kawasan dewan. Tapi Alhamdulillah... cikgu2 dah faham dan berjaya pujuk dia. Fawwaz dah macam selebriti. Hampir semua cikgu tau nama dia. Maklum sajalah... huhuhu!

Dan antara soalan cikgu yang mengiringi kami tadi "Kak mengajar kat mana?"
"Tak mengajar... duk rumah je.."
Ada muka akak yang dah sememeh dah ni ala2 muka cekgu? atau pensyarah? Muka cikgu Kemas pun takde tauu... Tapi baru semalam akak jadi cekgu Pau.. :D

Harap2 lepas menempuh hari pertama untuk penggal kedua ni Fawwaz dah tak sukar nak ke sekolah. Oh ya.. ayat2 pelembut hati pagi ni sebelum dia tewas (nak ke sekolah)... Sambil urut2 tangan dan gosok dada dia, mak bacakan Al-Fatihah dan ayat 3 Kul. Dalam hati sentiasa selawat dan zikir.. Baca Allahumma Yassir.. Peluk dia. Gurau2 sikit. Jangan bagi mood dia berubah. Ni perbuatan sebelum dia nak mandi. Jenuh nak suruh mandi. Siap macam citer hindustan... Abi dah hampir buat perubahan tapi mak cepat2 potong line. Sebabnya abi tu selalunya 'polis baik' berbanding mak.. bila tone suara keras, sensitif hati anak tu.  Masa sarungkan baju, baca ayat terang hati Allahummaftah dan Rabbishrahli Sadri... hembus sikit kat muka.

Ingat, doa mak adalah mujarab. Walau tak pulih sepenuhnya, nampak hasilnya.. Bila mak bacakan ayat2 dan zikir tu, nampak dia jadi lemah sedikit dan kurang agresif. Doa dan bacakan yang baik2. Kalau anak macam nak meragam, peluk kuat2 dan bacakan Auzubillahi minasshaitannirrajim...!! Selalunya eloklah dia...

Itulah sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan. Dalam menangani kerenah anak yang sebegini.. Sentiasa bersyukur atas kurniaanNya walau bagaimana bentuk sikap anak. Semoga menjadi anak yang Soleh... In shaa Allah.


Thursday, June 6, 2013

Lega Sikit..

Akhirnya dapat akak baring2 atas tilam sambil mengadap benda kecik ni... netbook comel yang menjadi rebutan para penghuni rumah. Bila Fawwaz bangun, abi ambik tempat.. bila abi tak pakai, Fawwaz lak guna.. Sudahnya ummi si empunya netbook ni duk mengalah je lah... Malas nak berebut dek kerana benda kecik. Kalau kutip tol, dah boleh cover pinjaman pelajaran MARA akak..hehe! Abi bukan takde laptop, tapi malas nak mengusung ke sana sini. iPad pulak, tak mendatangkan feel nak buat trading.. Si Fawwaz, sentiasa taksub dengan game. Nak ditegah, dah susah.. Akibat pendidikan sedari bayi lah ni... Tapi sebenarnya bila abi takde, mudah sikit nak mengawal disiplin dia... Mak ni duk berkira2 nak bawa dia jumpa pakar yg patut. Tunggu en abi lebih kesedaran sikit... ;)

Satu setengah minggu percutian menjadi sangat memenatkan.. Seminggu di kampung, tak berapa sempat nak peduli akan si Fawwaz. Mak duk meronda rumah nenek2 dan Fawwaz tak mau ikut langsung. Paling jauh dia nak keluar, ke kedai runcit kat kampung tu. Jumaat ke Jumaat... tapi sampai semula ke Jitra hari Sabtu petang. Menyinggah semalam pergi kenduri pengantin. Sehari buka laundry di Jitra hari ahad tu, esoknya ke KL pulak. Sempat pusing2 kat Selayang dan Ikea je. Dapat juga makan karipap Ikea yg diidam2kan. Tak sampai 24 jam balik ke Jitra semula.. Waduhhh penatt... capekkk.... Tapi akak memang jenis I follow je atau lebih tepat suka simpan kehendak dan keinginan sendiri... Gitupun, kekadang keluar juga ayat2 power. Jiwa lelaki dan perempuan memang tak sama. Nak elakkan berdosa, banyakkan istighfar...

Allah sebenarnya banyak memberi ruang pada hambaNya yang kerdil ini. Memang Dia sayang sangat padaku.. Dikurniakan saat2 macam sekarang ni, terguling2 tanpa gangguan. Mengantuk pun boleh tahan2 dari tidur. Esok dan lusa boleh katakan hari 'rest' atau hari untuk diri sendiri. Cuma ramai juga yang tak suka peluang yang macam ini. Tak sanggup menghadapinya malah mengganggapnya umpama bencana. Sebenarnya, kalau kita sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah, InsyaAllah segalanya akan menjadi baik... Wallahua'lam.

*************************************
abe drive, akak lak sibuk ambik gambar highway yang cantik dan sejuk mata memandang...
terima kasih kerajaan kerana menyediakan kemudahan sebegini..
dengan puluhan R&R dan hentian sebelah yang cantik dan serba serbi
hairan, kenapa ramai yang masih tak berpuas hati?
hanya menilai yang buruk, yang elok ditolak tepi..