Pages

Wednesday, June 26, 2013

Sarapan dan Emosi Pagi

Jom sarapan adik2! Jangan sesekali tinggalkan sarapan dalam diet harian kita.. Bulan puasa pun kena sarapan (sahur) tau... Akak ni dari kecik memang terdidik dengan sarapan. Jadi, memang tak boleh skip..

Sejak beberapa hari lepas akak berusaha untuk memperbaiki diet. Sebab sedari dulu kolestrol akak memang tinggi. Sekejap tu turun sikit, tapi ni dah naik balik sampai mencapai 6.4. Tapi tak boleh nak ubah corak pemakanan sebab dah hobi buat kek dan kuih muih.

Jadinya, bermula minggu ni akak sedaya upaya makan oats setiap pagi. Tak banyak, dalam 3 sudu kecil je.. tapi penuh membumbung. Lepas tu telan dengan tanpa perasaan. Sebab kalau dengan perasaan, susah nak telan. Akak tak suka ini jenis punya makanan hahaha... Lepas tu, makanla apa2 pun.. Sekurang2nya, adalah juga serat masuk. Sebelum puasa nak check balik kalau ada improvement.

Gembira tau kalau dapat breakfast, lepas tu minum nescafe lagi.. mcm lagu coffeemate dengan coffee, satu paduan yg sebenar.... Walau pagi ni hati akak agak beremosi. Rasa sebak lepas hantar Fawwaz ke sekolah. Lepas salam depan kelas, mak ni suruhlah dia masuk. Tolak pelan2 supaya dia masuk. Tapi dia buat dek macam tak dengar. Dia duk berlegar-legar je, mundar mandir, senyum dan berilusi. Selalunya akak memang tak desak dia bila di sekolah atau di luar. Biar cikgu atau kawan2 yang panggil sebab dia akan lebih patuh.

Bila mak ni dah masuk kereta dan tengok dari luar pagar, pun dia masih mundar-mandir di depan kelas. Sebenarnya macam-macam yang menerawang di fikiran, cuma tak mau terlalu mendesak diri dan stress. Hari Sabtu ni mak dah buat appointment dengan seorang pakar therapy di Ipoh. Moga-moga ada perkembangan yang lebih baik, sebab baru nak bermula semula. Selepas berhenti usaha lebih setahun lepas. Perbuatan mundar-mandir sambil bercakap sendiri ni semakin menjadi-jadi di kebelakangan ni. Cikgu pun cakap macam tu. Dan tak semua orang faham perasaan mak ni melainkan beberapa orang terdekat. Even abi pun baru kebelakangan ni boleh diajak berbincang.

Untuk motivasi diri, akak selalu berfikir, inilah cara Allah menganugerahkan kesabaran buat seorang ibu. Dan pasti ada hikmah disebalik ujian ini... Amin.  Smile... :))


2 comments:

  1. Perasaan seorang mak ni sangat halus, bapa pula ada ego tersendiri. Sama spt akak dan suami pernah suarakan hasrat nak bawak anak bungsu ke ujian Dyleksia tetapi dia menolak dengan menagtakan belum amsanya lagi untuk anaknya belajar. Sebagai ibu akak banyak berkorban perasaan dan masa demi anak2.

    ReplyDelete
  2. Sob sobs kan akak... Malas nak gaduh2 sbb kita yg makan hati. Alhamdulillah sekarang ni dah dapat result dr Dr. Perjalanan lebih mudah. Hidup lebih positif..

    ReplyDelete