Mak dah tak larat nak marah. Dah set takkan bagi guna komputer. Siap sorokkan kat bilik sebelah. Posisi biasanya adalah di bawah dah mengadap TV dan pintu. Tapi.... tiba2 abi balik sini. Dicarinya netbook ni sebab nak tengok stock market. Memang kalau nak bekerja dari rumah ni, netbook akak jadi mangsa. Lepas tu nak bawak anak pergi renew passport, sementelah dah ponteng tu. Maka habis punahlah kaedah denda mak. Anak pun selamat, boleh keluar dan lepas tu balik main game. Cuma bijaknya si anak, tetap sedar mak tengah marah kat dia atau sedar yg dia buat salah. Tak terus terjah macam selalu. Bila mak dah bagi green light baru dia berani pegang mouse.
Masa buat passport hampir tak mau bekerjasama. Maklum kena cop jari, 'dirty' katanya. Tapi pegawai yang menyerahkan passport tadi agak cekap. Tindakan pantasnya berjaya menghasilkan cop jari Fawwaz yang cantik berbanding masa sesi nak buat tu..
Dengan anak akak memang semua nak kena pantas sebelum dia ubah mood. Macam masa nak ambil gambar tu la.. Goyang sana, goyang sini.. lari, tak mau duduk kat kerusi.. kejap duduk bersimpuh.. tarik baju, kolar herot.. Pening jurugambarnya! Tapi akak tengok sabar je orang tu.. Dapat tangkap gambar muka pun jadi. Badan tak kisah sangat.. Maka hasilnya adalah seperti di bawah. Sebuah gambar superimpose.. Muka anakku, baju orang lain... huhuhu. Duhai anak, sampai bilalah nak buat orang pening macam ni...
Akak tetap kagum dgn hasil jurugambar masa kat Bahrain dulu.. Jurugambar bangsa India yg tenang dan dapat menghasilkan gambar yang di sebelah kiri ni dengan comelnya... Padahal sama juga, tak duduk diam.. hahahh
No comments:
Post a Comment