Dah hujung2 musim cuti mak mula provoke si bujang tu tentang sekolah... Memang pantang habis kalau disebut perkataan sekolah. Kerja2 yang cikgu bekalkan sebelum cuti langsung tak mau diusik. Walau mak dah mulakan 1 muka.. Kalau dulu2 datang juga keinginan dia nak turut serta. Ini langsung tak mau! Memang ikutkan nak melakukan kekerasan.. Tapi memikirkan 'kekurangan' dia, mak terpaksa simpan juga. Kalau ada rotan kat rumah ni, mau kukerjakan. Tu sebab tak simpan.. Sedaya upaya mak ni nak gunakan psikologi konon2nya..
Maka cuti pun selesai... Hari ni kena pergi ke sekolah. Sedari kelmarin mak dah 'jampi'2 apa yang patut. Nak tidur je bacakan kuat2 surah Taha ayat 1-5 dan hembuskan ke muka dia. Bacakan 3 kul selain Al-Fatihah. Mula2 dulu dia marah. Tapi lama2 dia beralah juga.. Malam tadi mak siap pasang surah Ruqyah sampai habis, supaya dijauhi syaitan dan jin dari persekitaran ni. Tidurnya pun mudah. Bangun tak payah dikejut. Bukan nak kata ada gangguan jin, tapi mana taukan... Usaha je lah apa yang mampu.
Buka mata pagi tadi dah cakap "NO SKOLAH!".. I don't want sekolah.. I don't want susu.. Mat saleh celup ni.. Tak mau dirasuah kaedahnya. Baguslah nak. Berdosa jika amalkan rasuah.. Tapi susu tu bukan rasuah. Sampai la ni ummi dah risau fikir 'tummy' Fawwaz. Sebab tak minum susu dan tak sarapan.
Maka pagi ni nampaklah cikgu yang selalu tunggu kat pagar tu, perangai anak ummi.. Sarung baju bilah dah sampai sekolah. First day of school is always a challenge. Sampai pakai baju pun kat sekolah. Anak awak ada?? hehehe... Belum kira liatnya nak masuk kawasan dewan. Tapi Alhamdulillah... cikgu2 dah faham dan berjaya pujuk dia. Fawwaz dah macam selebriti. Hampir semua cikgu tau nama dia. Maklum sajalah... huhuhu!
Dan antara soalan cikgu yang mengiringi kami tadi "Kak mengajar kat mana?"
"Tak mengajar... duk rumah je.."
Ada muka akak yang dah sememeh dah ni ala2 muka cekgu? atau pensyarah? Muka cikgu Kemas pun takde tauu... Tapi baru semalam akak jadi cekgu Pau.. :D
Harap2 lepas menempuh hari pertama untuk penggal kedua ni Fawwaz dah tak sukar nak ke sekolah. Oh ya.. ayat2 pelembut hati pagi ni sebelum dia tewas (nak ke sekolah)... Sambil urut2 tangan dan gosok dada dia, mak bacakan Al-Fatihah dan ayat 3 Kul. Dalam hati sentiasa selawat dan zikir.. Baca Allahumma Yassir.. Peluk dia. Gurau2 sikit. Jangan bagi mood dia berubah. Ni perbuatan sebelum dia nak mandi. Jenuh nak suruh mandi. Siap macam citer hindustan... Abi dah hampir buat perubahan tapi mak cepat2 potong line. Sebabnya abi tu selalunya 'polis baik' berbanding mak.. bila tone suara keras, sensitif hati anak tu. Masa sarungkan baju, baca ayat terang hati Allahummaftah dan Rabbishrahli Sadri... hembus sikit kat muka.
Ingat, doa mak adalah mujarab. Walau tak pulih sepenuhnya, nampak hasilnya.. Bila mak bacakan ayat2 dan zikir tu, nampak dia jadi lemah sedikit dan kurang agresif. Doa dan bacakan yang baik2. Kalau anak macam nak meragam, peluk kuat2 dan bacakan Auzubillahi minasshaitannirrajim...!! Selalunya eloklah dia...
Itulah sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan. Dalam menangani kerenah anak yang sebegini.. Sentiasa bersyukur atas kurniaanNya walau bagaimana bentuk sikap anak. Semoga menjadi anak yang Soleh... In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment