Pages

Monday, May 26, 2014

Windscreen...

Malas betul memikirkan windscreen kereta yang belum settle ni.. Pekerja bengkel sudah salah teknik. Depa pi bukak tempat lekat cermin pandang belakang (rear view mirror) tu.. Jadi, kira tak lulus.. Supervisor dia cakap dorang dah order baru dari KL, Sabtu sampai.. Alih2 kita telefon, katanya salah yg dihantar.. bawa ke Ahad.. pastu Isnin.. pastu esok Selasa.. Hari ni senyap je tak call pun... akak rasa nak jadi beruk merah je nih! Tau tak apa beruk merah tu? Ialah beruk dalam muzeum sains di UTM yg sekarang entah ada lagi ke tidak.. Tu citer zaman akak sekolah menengah dulu..

Kalau tak siap juga esok, jagalah dia... Akak nak call terus Etiqa. Takut depa dah claim insurance. Dahlah kena tambah RM150.. Insured selepas survey RM600.. Mulalah nak pertikaikan depa nih.

Paling tergugat jadual nak balik kampung.. Yang tidak berapa mendapat restu en abe ku. Sebab ada sedara mara teringin nak datang rumah hujung minggu ni, tapi mem ini rumah nak cabut balik kampung pulak. Kalau restu ini berkaitan dengan kisah windscreen ku, nampaknya cuti sekolah akak ngan Fawwaz hibernate je kat rumah comel ni. Takde kenduri kendara akan kuhadiri..



Fawwaz & Periksa

Semalam sepatutnya Fawwaz balik sekolah pada pukul 1.15 tgh. Tapi macam biasa, mak selalu nak sampai awal. Ini memang dah jadi mindset mak, sentiasa awal dari masa yg ditetapkan. Sempat duduk2 di gazebo sambil mencuri dengar perbualan ibubapa anak2 lain. Hari ni ada sambutan hari guru di sekolah. Jadi, masing2 bercerita pasal hadiah... juga peperiksaan yang baru habis.

Rupa2 nya guru kelas nampak kehadiran mak ni. Terus dipimpin Fawwaz keluar. Ni yang best kelas khas ni. Asal ada ibu bapa ambil, dah boleh keluar terus. Saya berbual sekejap dengan ustazah (guru kelas) tu. Mula2 dia cakap Fawwaz lena di kelas.. Mmmm.. memang patut pun sebab dia bangun semalam sebelum pukul 5 lagi. Panas sangat kot, tak selesa tidur. Aircond bilik masih belum ada orang nak pasang.

Satu demi satu topik.. sampailah saya bertanyakan pasal periksa. Rupa2nya Fawwaz pun ada periksa bulan ni.. hehehe! Boleh mak tak tau? Memang nak kena tarbiah mak ngan apak ni.. Memang fail. Tapi sebenarnya pertanyaan tu ada, cuma tak terzahir kat cikgu. Sebab budak2 istimewa ni tak sama syllabus dengan yang normal.

Apa-apa pun mak lega bila dengan ustazah cakap.. Fawwaz mau jawab soalan2 tu. Dorang tu pun sebenarnya tak dipaksa untuk menduduki peperiksaan. Dan yang paling mak suka, ustazah cakap kertas agamanya dapat 100%. Hihihi... macam tak caya. Iyalah, walau apa pun bentuk soalannya, yang penting dia mau buat.

Sebab di rumah, asyik main game je. Bila mood elok je, mak selit2 suruh buat itu ini. Kadang mengaji... baca alfatihah, surah lazim yg pendek2 tu.. kadang suruh tulis angka.. Macam petang semalam, mak ajak dia menguli pau, makanan favourite dia. Memang dia suka.. Cuma bila dah nak masuk inti tu, mak tak bagi pegang walau dia nak buat. Mungkin lepas ni nak ajak dia buat cookies, macam suka je dia...


Thursday, May 22, 2014

OKU Cards and TM Benefits

Dengan TM ni, macam2 pakej akak dah rasa..
Sejak balik M'sia 2012, akak dah pernah melanggan Unifi masa di Bukit Jalil.. semua baik saja, no complaint. Sesekali buat hal, call customer service, masa tu juga baik.. Lama2 akak pun pandai sendiri, tak perlu call...

Pindah ke Kedah, terpaksa tukar pakej Streamyx... takde HyppTV dah. Menderita dgn TV Astro je sampai terpaksa pakai TV free je.. Line wifi tetap cantik...

Pindah ke rumah baru, maintain pakej yang sama sampailah kad OKU Fawwaz siap.. Entah macamana, terbaca pasal pakej OKU. Pergi ke TM Point, tanya, terus tukar.. cantikkk. Murah tapi untuk internet je.. line telefon kena apply asing. Kena bayar sewa bagai.. tapi masih tetap murah dari yang asal. Yang peliknya, dari discussion dengan member2 senasib yang lain, ada yang tak dapat kemudahan ni.. huhuhu. Memang dah rezeki kami kot...

Sayangnya, sejak pindah ni line selalu meragam terutamanya internet. Tapi, sejak complaint yang terakhir, terus elok sampai kini... stabil je. Elok internet, telefon pulak meragam. Dah dekat sebulan tak boleh guna, baru sempat nak complaint. Kontraktor datang sekali, problem tak solved. Call 100 balik.. Tadi depa datang lagi, check telefon set pulak. Memang rosak lah..
Asalnya macam taknak bagi set baru sebab katanya warranty cuma setahun. Katanya lagi, warranty modem & telefon tak sama... Lepas tu alih2, dia suruh kawan dia ambil set baru.. Rupanya dia tengok kertas, pakej lama dah ubah... sekarang sudah jadi lifetime warranty. Maknanya, untuk modem + telefon kalau rosak bila2 pun masih boleh tukar percuma. Yehuuu...

Setakat ni, selain dari hal ehwal persekolahan, inilah faedah pemegang kad OKU yang kami nikmati. Kalau pasal sekolah, selain elaun yg mak ni masih blur dapat berapa tiap kali masuk, dah masuk ke belum, uniform (T'shirt dan vest) pun dia dapat percuma. Kadang2 dia balik sekolah, dapat duit belanja yang mak ni malu nak tanya pasal apa. Fail betul mokcik! Sekarang, benefits dari TM ni mak memang suka. Memandangkan dia pun perlukan internet pada kehidupan hariannya.

Teringat keluhan seseorang bila saya sebut pasal kad OKU Fawwaz... Pemikirannya masih agak skeptikal pasal kad tu. Ramai orang fikir kad ni untuk orang yang kekurangan dari segi fizikal.. mungkin juga mental. Atau mungkin dia terlalu sayang dan tak mahu Fawwaz berada dalam kategori tu.. Namun mak tetap positif. Kalau orang bising2 kerajaan bawak panda jutawan datang Malaysia, kenapa perkara murni macam kemudahan OKU yang kerajaan sediakan tidak kita hargai dan ambil?


Sunday, May 18, 2014

Bila Fawwaz Tidur Awal..

Keluar je ummi dari bilik lepas solat dan mengaji, nampak Fawwaz dah lena kat atas sofa. Usik camna pun dia tak sedar. Memang ngantuk sangat la tu.. Mana tidaknya, pagi tadi dia bangun awal subuh lagi.. sebelum pukul 6. Ummi masuk toilet je, dia dah meresah-resah.. Bila keluar, mata dah besar.. Petang lak tak rehat. Kejap depan game, kejap terlompat2..  Tapi ummi tak rasa bersalah sebab petang tadi lepas asar, dia sempat minta burger... Kiranya tidur dengan perut tak lapar, walau tak minum susu lagi macam selalu.

Tapi bila dia tidur awal ni, mulalah ummi terasa sunyi. Tunggu abi, lambat lagi tiba.. Jangan pulak nanti dia jaga waktu orang lain nak tidur. Bila sunyi, ummi pun mulalah browse gambar2 lama.. Zaman Fawwaz baby.. Tinggal mengimbau kenangan je la.. Nak ada baby lain, badan dah tak mampu... tulang temulang dah macam nak patah.. huhuhu.







Gambar terkini... imaginasi setiap kali nak tidur

Saturday, May 17, 2014

Bila Tariff Elektrik Nak Naik..

Rasanya baru diwar-warkan akan naik.. Tapi memang akan menjadikan rakyat terus mengeluh dan menyalahkan kerajaan..

Sebagaimana selalunya, akak tak pandai cakap banyak untuk hal2 sebegini. Akak jenis tak mau memikirkan sangat sebab percaya rezeki itu akan datang dalam pelbagai cara. Mungkin akak tak berapa rasa sebab segala yang diguna sekarangnya sekadar minima yang mungkin. Rakyat pun tak ramai. Hanya bertiga, selalunya berdua sahaja. Aircond pun tak pakai sebab akak tak tahan sejuk, mudah batuk. Cuma kebelakangan ni, bila cuaca agak panas di waktu malam, akak rasa perlu juga install aircond yang dah lama tersadai di bilik sebelah tu.

Tapi... tadi tiba-tiba akak terfikir juga. Kalau banyak baking, effect jugak kot pada bil nanti. Macam tu nak tukar hobi lah.. Nak buat sesuatu yang guna tangan juga, tapi tak melibatkan perut. Kurangkan penggunaan gula dan lemak trans fat. Dah mula rasa bersalah bila merasa kek-kek yang manis belaka tu.

Senarai no.1 ialah nak belajar buat urutan refleksologi yang sangat disokong oleh en abe. Mana taknya, dah tentu dia je pelanggannya nanti... for free. Akak memang suka rawatan ni dan baru je buat minggu lepas.. Fee untuk belajar pun tak banyak, dalam RM80. Tinggal nak cari masa sesuai je. Banyak pulak nak buat minggu esok ni... terutama nak jumpa Dr Cermin.

Gambar ihsan Google

Senarai no.2 ialah berkenaan manik atau beads. Cuma yang ni sebelum ni tak minat. Baru nak tanam minat sebab tiba-tiba terminat tengok orang buat. Hah! Pening kau mek??? Banyak na perkataan minat..


Tuesday, May 13, 2014

Ziarah Madinah 2 - Akhir Kalam

Kali ni cerita pasal ziarah luar di Madinah pula.. Dengan masa yg agak terhad, kami hanya berpeluang melintasi dan memandang dari dalam bas di kebanyakan tempat. Sambil mengaminkan atau mengikut mutawwif membacakan doa. Yang kami singgahi hanya Masjid Quba', ladang kurma, Jabal Uhud dan Pasar Kurma.

Masjid Quba' ni adalah masjid yang penting selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsa. Untuk ke Masjid Quba', kita kena niatkan nak bersolat di situ dari penginapan lagi untuk mendapatkan pahala umrah. Sampai di sana, laksanakan solat tahiyyatul masjid dan solat dhuha.. juga solat2 sunat lain ikut yang kita mampu.
Bagi kaum wanita, nak masuk ke masjid memang akan berasak2 dan tolak menolak seperti selalu di tempat2 penting yang lain. Entah kenapalah... Kita cuma kena sabar dan biarkan je badan kena tolak atau berjalan spt orang Jepun. Bacalah doa Allahumma Yassir tu... InsyaAllah, mudah je nak masuk mana2. Waktu di situ, memang rezeki kami dapat ruang solat yang luas walau masa nak masuk tu rasa sempit dan sesak. Itulah manisnya jika kita sabar dan berdoa...



Lepas Masjid Quba' singgap pula di ladang kurma. Boleh makan secara percuma dan dapat teh O panas lagi. Untuk beli, memang agak mahal sedikit berbanding tempat lain. Kami dah set nak beli je di Pasar Kurma yang jauh lebih murah. Kurma di Madinah menurut yang diceritakan mutawwif, tidak pernah tidak cukup walau menuainya hanya setahun sekali.

Lepas ladang kurma, kami pergi ke Jabal Uhud pula. Peperangan Uhud meninggalkan kesan kepada umat Islam kerana berlaku kekalahan sewaktu menentang tentera kafir. Namun, sebenarnya tentera Islam tak kalah kerana ada 3 peringkat peperangan. Yang pertama menang, kedua kalah dan ketiga menang apabila tentera Islam yang hanya beberapa kerat tu menyalakan api di sana sini membuat tentera kafir cabut lari kerana disangka ramai tentera Islam nak menyerang balas...
Di situ juga terdapat bukit pemanah..

Memborong di pasar kurma.. Kami serang gerai ni no 56 yang diperkenalkan oleh mutawwif Edy. Memang semua benda dapat diskaun SR5. Cth aprikot kering tu cuma SR5, cashew nuts SR30 sekilo (asal 35 n kat tpt lain lagilah mahal), kurma ajwa pun murah SR5-10 dari yang di luar, buah tin yg saya beli mahal di Mekah cuma SR10 di situ.. huhuhu

Hari terakhir ziarah wada'....

Sangat indah Masjid Nabawi...

Pintu2 masuk yg indah...
Babussalam... Pintu masuk utama nak ke Raudhah utk lelaki

Masuk kejap di tempat exhibition yang menceritakan tentang Rasulullah,.. Ianya baru dibuka tahun ni..

Selepas solat asar di masjid, membaca doa agar dipermudahkan untuk kembali lagi... terus balik ke hotel dan sedia untuk bertolak ke Lapangan terbang Madinah. Flight dari Madinah transit selama 1 jam (kami hanya duduk dalam kapalterbang) di Riyadh sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA. Flight hampir dipenuhi oleh jemaah2 yang tidak sihat dan kedengaran batuk di merata2 seats, termasuk saya sendiri.

Kalau naik Saudi Airlines dari Saudi ni, perkara yang kita kena ingat ialah tempat duduk yang tidak diatur mengikut keluarga atau kelompok tertentu. Cth suami dan kakaknya dapat tempat sama iaitu 62, sementera saya di seat no 68. Namun sebenarnya seat itu adalah harapan saya yg jadi kenyataan. Memang saya berharap dapat tempat duduk di belakang sekali berdekatan dengan toilet dan kitchen. Hehehe... Cuma harapan agar tempat tu tak penuh, tak jadi nyata. Flight memang penuh sangat.. Kejadian sama juga pada jemaah2 lain yang mana mak berpisah dgn anak, suami dan isteri.. Tapi masih boleh diatur dengan budi bicara masing2.

Selain seat kapal tu, harapan saya yang jadi kenyataan ialah bila tekak mula tak berselera makan, tak seperti masa di Mekah. Satu malam saya berilusi dengan abe dan kakak yang esok pagi akan dapat sarapan mee goreng, bukan nasi macam selalu. Turun2 dewan, memang mee goreng yang dihidang. Kemudian, satu tengahari saya rasa nak makan nasi dengan udang goreng sebab macam tercium2 baunya. Bila naik dewan, memang ada udang goreng... hihihi.. bayangkan kalau kita duduk Syurga... bestnyeeeee!

Di Masjid Nabawi (juga Masjidil Haram), kita kena siap2 bawa sejadah terutama jika agak lewat masuk. Sebaiknya yang kecil sahaja. Kerana bila penuh, sukar nak menyelit di ruang yang ada karpet. Tapi saya suka juga sujud di lantai yang sejuk tanpa karpet tu terutama bila hidung mula sakit. Kena tempat sejuk, memang lega sangat.. Kenangan saya waktu ke masjid yang telah hampir penuh dan terpaksa berpisah dengan kakak. Seorang makcik Arab yang sedang membaca Al Quran memberi ruang pada saya. Di sebelah kanan saya pula seorang wanita Indonesia yang membaca buku terjemahan (saya rasa..). Makcik tu menegur dalam bahasa Arab bila wanita Indon tu meletakkan bukunya hanya di lantai. Yang saya faham hanya haram... haram.. Terpinga2 dia. Tak semena akak jadi translator... mengatakan jangan letak buku tu hanya di lantai sebab ada ayat Al Quran. Makcik tu sangat berterima kasih. Selepas solat zohor, dia suruh saya solat sunat pula, tapi saya buat dek sebab nak tunggu solat jenazah yang sepanjang saya umrah tu, hanya sekali tak ada. Masa tu di Mekah. Selesai semuanya, makcik tu peluk dan cium saya... hehehe.

Hari ni semua jadi kenangan yang sangat manis. Semoga Allah murahkan rezekiku dan permudahkan urusanku untuk ke sana lagi. Allahumma aamiin...


Monday, May 12, 2014

Ziarah Madinah 1

@ Madinah Al Munawwarah


Hari Sabtu petang (26/4) kami bertolak ke Madinah sebelum Asar.  Perjalanan selama <> 6 jam. Singgah solat Asar (qasar) di masjid (tak ingat namanya) dan makan malam di restoran Wadi... (tak ingat juga namanya). Mutawwif dah pesan buat jama' ta'khir maghrib/isya' di hotel nanti.

Masa ni saya macam demam dan tidak. Tekak dah mula mual sedikit, tak berapa boleh terima makanan terutama nasi arab yang dihidangkan di restoran tersebut. Selsema dan batuk mula nak menjelma. Kepala pening je. Kami tiba di Mubarak Silver Hotel hanya lewat sedikit kerana sebelum tu driver terpaksa bantu bas yang satu lagi yang rosak di pertengahan jalan.  Hotel tu dalam 200 meter dari masjid Nabawi. Ia juga lebih selesa dari hotel penginapan sewaktu di Mekah. Ujian pertama saya malam tu ialah beg besar saya tiada semasa tiba. Rupa2nya termasuk ke dalam bas satu lagi... Alhamdulillah. Takut ikut Jemaah yang nak balik Msia saja... maklum, ada juga rombongan yang nak balik Malaysia masa tu.


Hari ke-2 di Madinah, kami bertiga dah mula consume Panadol Soluble sebelum tidur.  Kak Dah dari Mekah lagi dan makan tu.. Soluble yang beli di sana lebih sedap dari yang Malaysia punya lah... hehe! First time saya makan soluble walau saya selalu bawa bekal ubat ni kalau ke oversea.

Hari pertama, kami dibawa ziarah dalam iaitu ke Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi'.  Lelaki dan wanita dibawa oleh ustaz dan ustazah secara berasingan. Untuk wanita, ustazah beri dulu ceramah dan penerangan baru bertolak dengan diketuai oleh 2 orang ustazah dari Andalusia. Ustazah siap2 anggarkan giliran untuk masuk ke Raudhah akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.


Sampai masa untuk memasuki Raudhah, satu taman dari taman-taman Syurga.  Petugas masjid (wanita) yang berkerudung hitam akan mengarahkan semua jemaah berkumpul mengikut kategori negara... Iran, Pakistan, Turki... dan Melayu yang termasuk Malaysia dan Indonesia.. (pastinya Brunei dan Singapura juga...). Kumpulan Melayu ni selalunya kumpulan terakhir yang dibenarkan memasuki Raudhah.

Sebelum bergabung kumpulan Melayu ni, kami jemaah Andalusia akan masuk melalui pintu 29. Kena step by step. Masuk saja, ustazah akan berpesan untuk bersolat Tahiyyatul Masjid, solat Dhuha 4 rakaat dan solat taubat. Mengucap salam kepada Rasulullah dan sahabat. Kemudian ustazah lead untuk niat beriktikaf. Kecuali solat, semua ustazah lead termasuk berdoa. Selepas solat, kami berjalan ke satu ruang lagi di mana berkumpulnya orang2 Melayu ni..

Di ruang tersebut, seorang petugas masjid yang saya kira wanita berbangsa Indonesia memberi kuliah dalam bahasa Melayu. Kalau kita di Malaysia, kira ustazah la. Menarik kandungan kuliah tu. Mujur saya membawa buku nota kecil, bolehlah catit apa yang patut. Pesanan terakhirnya, agar kita tidak terpedaya dengan muslihat orang2 Syiah.. Elok je dia kutuk Syiah dan Iran, kumpulan mereka pun lalu... mujur tak faham.. hihi.

Kemudian kami diarah bergerak ke satu ruang lagi. Berdebar juga, takut tak sempat masuk sebelum zohor. Di situ, sementara menunggu, ustazah2 umumkan untuk sesiapa yang nak berwakaf Al Quran boleh melalui mereka. Kerana Al Quran yang dibeli harus yang diiktiraf dan sama dengan yang lain2 di masjid. Jika berlainan, petugas masjid akan keluarkan dari situ. Perkara yang sama juga berlaku di Masjidil Haram. Masa menunggu di ruang tu agak lama dan kita boleh manfaatkannya dengan berwirid, selawat atau membaca Al Quran, bukan berbual kosong. Tapi biasalah, bila dah ramai dan lama tu, macam2 pun ada... hehehe.

Selepas penantian yang lama tu, barulah di panggil bergerak untuk ke satu stage menunggu lagi. Kali ni di depan pintu masuk, seperti gambar di bawah. Memang orang2 Melayu ni patuh... baik je perilaku. Ikut je arahan tanpa bicara.
Pintu masuk ke Raudhah..
Alhamdulillah... akhirnya dapat masuk ke ruang tersebut. Di situ kita akan nampak beberapa tiang putih dengan karpet merah di lantai. Mendengar pesanan ustazah, teruskan lagi ke depan sampai tiang ke-3 dan lantainya berkarpet hijau. Memang berasak2.. Demi masuk je saya terus istighfar sebab ditolak, baca Laila hailla Anta... ulang2 kali. Memang struggle nak masuk sebab ramai yg tak sabar. Mujur saya sendirian, jadi fikirkan diri sendiri je. Dapat ruang di tengah2 karpet hijau, terus solat syukur, solat mutlak, solat hajat (walau petugas tadi kata takda istilah solat hajat menurut Rasulullah..). Rasanya setiap solat tu, saya buat di ruang berlainan.

Selagi boleh ke depan, selagi tu kita mara kerana afdhalnya ialah di depan sekali. Itu kata ustazah. Namun saya takda rezeki nak ke ruang paling depan. Hanya mampu berdoa di tepi tiang paling depan dan sentiasa dicuit2 oleh petugas yang menyuruh saya keluar.. Terngiang2 ayat2 mereka "Ibu, keluar... ibu, keluar.." Lama2 "Andalusia... keluar". Untuk pertama kali, memang kita mudah hilang fokus, terganggu. Sebab azalinya pun saya tak suka keadaan begitu dan tak suka melawan. Setiap kali dicuit, saya akan mara lagi ke depan... hehehe. Lama2 saya pun keluar... Tak puas, rasa nak pergi lagi... dan buat yang lebih baik. Tapi masa tu takda rezeki. Apa2 pun, moga Allah sentiasa mengasihani hambaNya yg kerdil ini dan makbulkan doa2 ku... Seperti kata Ustaz Razak yg selalu saya ikuti kuliah Umrah & Hajinya, demi masuk Tanah Suci berdoalah "Ya Allah, makbulkanlah doaku, di mana2 aku memohonnya.. aamiin".

Jalan keluar..
Tempat muazzin melaungkan azan... ni saya tumpang dengar penerangan ustazah dari group lain, dr M'sia juga

Untuk wanita2 uzur syarie (haid), di ruang inilah kita pergi. Kalau yg suci masuk melalui pintu 29, yang uzur diarah berjalan terus hingga terjumpa kubah hijau. Di situlah letaknya maqam Rasulullah.. Pergilah ke depan yg mungkin dan berdoalah. Tapi kita akan berkemungkinan dihalau pula oleh pengawal lelaki. Wanita tidak boleh pergi berdekatan pintu tu. Kalau tak boleh berdiri di depan tu, boleh pergi ke belah tepi sikit.. asal masih di depan. Baca ikut yang di buku, atau skrip yang dalam hati kita. Samada di luar atau di dalam perjalanan ke Raudhah, memang kita akan mudah menitiskan air mata. Ikhlasnya tiap titisan airmata yang keluar itu, hanya Allah yang dapat menilai.


Di dalam Masjid Nabawi yang serba indah... Tak dapat tgk kubah tu terbuka..
Kubur Baqi'... Menurut yang saya baca, penghuni kubur ni akan dibangunkan dahulu selepas Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya. Yang seperti board biru tu adalah letaknya maqam Saidina Uthman bin Affan.

Pagi lepas Subuh, meriah di depan masjid dengan orang2 berjual... abaya lambak pun cuma 10 riyal.. Hampir tiap hari pilih, tapi tak beli sampai ke sudah... hehe!




Di Madinah nilah baru ada semangat membeli. Badan pula tak berapa sihat terutama hidung yang masa tu sangat pedih sampai ke mata setiap kali keluar dari bangunan. Masa tulah terbayang2 akan plaster sejuk koolfever palster baby tu.. nyamannya kalau dapat tampal kat batang hidung..