Pages

Tuesday, May 13, 2014

Ziarah Madinah 2 - Akhir Kalam

Kali ni cerita pasal ziarah luar di Madinah pula.. Dengan masa yg agak terhad, kami hanya berpeluang melintasi dan memandang dari dalam bas di kebanyakan tempat. Sambil mengaminkan atau mengikut mutawwif membacakan doa. Yang kami singgahi hanya Masjid Quba', ladang kurma, Jabal Uhud dan Pasar Kurma.

Masjid Quba' ni adalah masjid yang penting selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsa. Untuk ke Masjid Quba', kita kena niatkan nak bersolat di situ dari penginapan lagi untuk mendapatkan pahala umrah. Sampai di sana, laksanakan solat tahiyyatul masjid dan solat dhuha.. juga solat2 sunat lain ikut yang kita mampu.
Bagi kaum wanita, nak masuk ke masjid memang akan berasak2 dan tolak menolak seperti selalu di tempat2 penting yang lain. Entah kenapalah... Kita cuma kena sabar dan biarkan je badan kena tolak atau berjalan spt orang Jepun. Bacalah doa Allahumma Yassir tu... InsyaAllah, mudah je nak masuk mana2. Waktu di situ, memang rezeki kami dapat ruang solat yang luas walau masa nak masuk tu rasa sempit dan sesak. Itulah manisnya jika kita sabar dan berdoa...



Lepas Masjid Quba' singgap pula di ladang kurma. Boleh makan secara percuma dan dapat teh O panas lagi. Untuk beli, memang agak mahal sedikit berbanding tempat lain. Kami dah set nak beli je di Pasar Kurma yang jauh lebih murah. Kurma di Madinah menurut yang diceritakan mutawwif, tidak pernah tidak cukup walau menuainya hanya setahun sekali.

Lepas ladang kurma, kami pergi ke Jabal Uhud pula. Peperangan Uhud meninggalkan kesan kepada umat Islam kerana berlaku kekalahan sewaktu menentang tentera kafir. Namun, sebenarnya tentera Islam tak kalah kerana ada 3 peringkat peperangan. Yang pertama menang, kedua kalah dan ketiga menang apabila tentera Islam yang hanya beberapa kerat tu menyalakan api di sana sini membuat tentera kafir cabut lari kerana disangka ramai tentera Islam nak menyerang balas...
Di situ juga terdapat bukit pemanah..

Memborong di pasar kurma.. Kami serang gerai ni no 56 yang diperkenalkan oleh mutawwif Edy. Memang semua benda dapat diskaun SR5. Cth aprikot kering tu cuma SR5, cashew nuts SR30 sekilo (asal 35 n kat tpt lain lagilah mahal), kurma ajwa pun murah SR5-10 dari yang di luar, buah tin yg saya beli mahal di Mekah cuma SR10 di situ.. huhuhu

Hari terakhir ziarah wada'....

Sangat indah Masjid Nabawi...

Pintu2 masuk yg indah...
Babussalam... Pintu masuk utama nak ke Raudhah utk lelaki

Masuk kejap di tempat exhibition yang menceritakan tentang Rasulullah,.. Ianya baru dibuka tahun ni..

Selepas solat asar di masjid, membaca doa agar dipermudahkan untuk kembali lagi... terus balik ke hotel dan sedia untuk bertolak ke Lapangan terbang Madinah. Flight dari Madinah transit selama 1 jam (kami hanya duduk dalam kapalterbang) di Riyadh sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA. Flight hampir dipenuhi oleh jemaah2 yang tidak sihat dan kedengaran batuk di merata2 seats, termasuk saya sendiri.

Kalau naik Saudi Airlines dari Saudi ni, perkara yang kita kena ingat ialah tempat duduk yang tidak diatur mengikut keluarga atau kelompok tertentu. Cth suami dan kakaknya dapat tempat sama iaitu 62, sementera saya di seat no 68. Namun sebenarnya seat itu adalah harapan saya yg jadi kenyataan. Memang saya berharap dapat tempat duduk di belakang sekali berdekatan dengan toilet dan kitchen. Hehehe... Cuma harapan agar tempat tu tak penuh, tak jadi nyata. Flight memang penuh sangat.. Kejadian sama juga pada jemaah2 lain yang mana mak berpisah dgn anak, suami dan isteri.. Tapi masih boleh diatur dengan budi bicara masing2.

Selain seat kapal tu, harapan saya yang jadi kenyataan ialah bila tekak mula tak berselera makan, tak seperti masa di Mekah. Satu malam saya berilusi dengan abe dan kakak yang esok pagi akan dapat sarapan mee goreng, bukan nasi macam selalu. Turun2 dewan, memang mee goreng yang dihidang. Kemudian, satu tengahari saya rasa nak makan nasi dengan udang goreng sebab macam tercium2 baunya. Bila naik dewan, memang ada udang goreng... hihihi.. bayangkan kalau kita duduk Syurga... bestnyeeeee!

Di Masjid Nabawi (juga Masjidil Haram), kita kena siap2 bawa sejadah terutama jika agak lewat masuk. Sebaiknya yang kecil sahaja. Kerana bila penuh, sukar nak menyelit di ruang yang ada karpet. Tapi saya suka juga sujud di lantai yang sejuk tanpa karpet tu terutama bila hidung mula sakit. Kena tempat sejuk, memang lega sangat.. Kenangan saya waktu ke masjid yang telah hampir penuh dan terpaksa berpisah dengan kakak. Seorang makcik Arab yang sedang membaca Al Quran memberi ruang pada saya. Di sebelah kanan saya pula seorang wanita Indonesia yang membaca buku terjemahan (saya rasa..). Makcik tu menegur dalam bahasa Arab bila wanita Indon tu meletakkan bukunya hanya di lantai. Yang saya faham hanya haram... haram.. Terpinga2 dia. Tak semena akak jadi translator... mengatakan jangan letak buku tu hanya di lantai sebab ada ayat Al Quran. Makcik tu sangat berterima kasih. Selepas solat zohor, dia suruh saya solat sunat pula, tapi saya buat dek sebab nak tunggu solat jenazah yang sepanjang saya umrah tu, hanya sekali tak ada. Masa tu di Mekah. Selesai semuanya, makcik tu peluk dan cium saya... hehehe.

Hari ni semua jadi kenangan yang sangat manis. Semoga Allah murahkan rezekiku dan permudahkan urusanku untuk ke sana lagi. Allahumma aamiin...


No comments:

Post a Comment