Pages

Monday, May 12, 2014

Ziarah Madinah 1

@ Madinah Al Munawwarah


Hari Sabtu petang (26/4) kami bertolak ke Madinah sebelum Asar.  Perjalanan selama <> 6 jam. Singgah solat Asar (qasar) di masjid (tak ingat namanya) dan makan malam di restoran Wadi... (tak ingat juga namanya). Mutawwif dah pesan buat jama' ta'khir maghrib/isya' di hotel nanti.

Masa ni saya macam demam dan tidak. Tekak dah mula mual sedikit, tak berapa boleh terima makanan terutama nasi arab yang dihidangkan di restoran tersebut. Selsema dan batuk mula nak menjelma. Kepala pening je. Kami tiba di Mubarak Silver Hotel hanya lewat sedikit kerana sebelum tu driver terpaksa bantu bas yang satu lagi yang rosak di pertengahan jalan.  Hotel tu dalam 200 meter dari masjid Nabawi. Ia juga lebih selesa dari hotel penginapan sewaktu di Mekah. Ujian pertama saya malam tu ialah beg besar saya tiada semasa tiba. Rupa2nya termasuk ke dalam bas satu lagi... Alhamdulillah. Takut ikut Jemaah yang nak balik Msia saja... maklum, ada juga rombongan yang nak balik Malaysia masa tu.


Hari ke-2 di Madinah, kami bertiga dah mula consume Panadol Soluble sebelum tidur.  Kak Dah dari Mekah lagi dan makan tu.. Soluble yang beli di sana lebih sedap dari yang Malaysia punya lah... hehe! First time saya makan soluble walau saya selalu bawa bekal ubat ni kalau ke oversea.

Hari pertama, kami dibawa ziarah dalam iaitu ke Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi'.  Lelaki dan wanita dibawa oleh ustaz dan ustazah secara berasingan. Untuk wanita, ustazah beri dulu ceramah dan penerangan baru bertolak dengan diketuai oleh 2 orang ustazah dari Andalusia. Ustazah siap2 anggarkan giliran untuk masuk ke Raudhah akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.


Sampai masa untuk memasuki Raudhah, satu taman dari taman-taman Syurga.  Petugas masjid (wanita) yang berkerudung hitam akan mengarahkan semua jemaah berkumpul mengikut kategori negara... Iran, Pakistan, Turki... dan Melayu yang termasuk Malaysia dan Indonesia.. (pastinya Brunei dan Singapura juga...). Kumpulan Melayu ni selalunya kumpulan terakhir yang dibenarkan memasuki Raudhah.

Sebelum bergabung kumpulan Melayu ni, kami jemaah Andalusia akan masuk melalui pintu 29. Kena step by step. Masuk saja, ustazah akan berpesan untuk bersolat Tahiyyatul Masjid, solat Dhuha 4 rakaat dan solat taubat. Mengucap salam kepada Rasulullah dan sahabat. Kemudian ustazah lead untuk niat beriktikaf. Kecuali solat, semua ustazah lead termasuk berdoa. Selepas solat, kami berjalan ke satu ruang lagi di mana berkumpulnya orang2 Melayu ni..

Di ruang tersebut, seorang petugas masjid yang saya kira wanita berbangsa Indonesia memberi kuliah dalam bahasa Melayu. Kalau kita di Malaysia, kira ustazah la. Menarik kandungan kuliah tu. Mujur saya membawa buku nota kecil, bolehlah catit apa yang patut. Pesanan terakhirnya, agar kita tidak terpedaya dengan muslihat orang2 Syiah.. Elok je dia kutuk Syiah dan Iran, kumpulan mereka pun lalu... mujur tak faham.. hihi.

Kemudian kami diarah bergerak ke satu ruang lagi. Berdebar juga, takut tak sempat masuk sebelum zohor. Di situ, sementara menunggu, ustazah2 umumkan untuk sesiapa yang nak berwakaf Al Quran boleh melalui mereka. Kerana Al Quran yang dibeli harus yang diiktiraf dan sama dengan yang lain2 di masjid. Jika berlainan, petugas masjid akan keluarkan dari situ. Perkara yang sama juga berlaku di Masjidil Haram. Masa menunggu di ruang tu agak lama dan kita boleh manfaatkannya dengan berwirid, selawat atau membaca Al Quran, bukan berbual kosong. Tapi biasalah, bila dah ramai dan lama tu, macam2 pun ada... hehehe.

Selepas penantian yang lama tu, barulah di panggil bergerak untuk ke satu stage menunggu lagi. Kali ni di depan pintu masuk, seperti gambar di bawah. Memang orang2 Melayu ni patuh... baik je perilaku. Ikut je arahan tanpa bicara.
Pintu masuk ke Raudhah..
Alhamdulillah... akhirnya dapat masuk ke ruang tersebut. Di situ kita akan nampak beberapa tiang putih dengan karpet merah di lantai. Mendengar pesanan ustazah, teruskan lagi ke depan sampai tiang ke-3 dan lantainya berkarpet hijau. Memang berasak2.. Demi masuk je saya terus istighfar sebab ditolak, baca Laila hailla Anta... ulang2 kali. Memang struggle nak masuk sebab ramai yg tak sabar. Mujur saya sendirian, jadi fikirkan diri sendiri je. Dapat ruang di tengah2 karpet hijau, terus solat syukur, solat mutlak, solat hajat (walau petugas tadi kata takda istilah solat hajat menurut Rasulullah..). Rasanya setiap solat tu, saya buat di ruang berlainan.

Selagi boleh ke depan, selagi tu kita mara kerana afdhalnya ialah di depan sekali. Itu kata ustazah. Namun saya takda rezeki nak ke ruang paling depan. Hanya mampu berdoa di tepi tiang paling depan dan sentiasa dicuit2 oleh petugas yang menyuruh saya keluar.. Terngiang2 ayat2 mereka "Ibu, keluar... ibu, keluar.." Lama2 "Andalusia... keluar". Untuk pertama kali, memang kita mudah hilang fokus, terganggu. Sebab azalinya pun saya tak suka keadaan begitu dan tak suka melawan. Setiap kali dicuit, saya akan mara lagi ke depan... hehehe. Lama2 saya pun keluar... Tak puas, rasa nak pergi lagi... dan buat yang lebih baik. Tapi masa tu takda rezeki. Apa2 pun, moga Allah sentiasa mengasihani hambaNya yg kerdil ini dan makbulkan doa2 ku... Seperti kata Ustaz Razak yg selalu saya ikuti kuliah Umrah & Hajinya, demi masuk Tanah Suci berdoalah "Ya Allah, makbulkanlah doaku, di mana2 aku memohonnya.. aamiin".

Jalan keluar..
Tempat muazzin melaungkan azan... ni saya tumpang dengar penerangan ustazah dari group lain, dr M'sia juga

Untuk wanita2 uzur syarie (haid), di ruang inilah kita pergi. Kalau yg suci masuk melalui pintu 29, yang uzur diarah berjalan terus hingga terjumpa kubah hijau. Di situlah letaknya maqam Rasulullah.. Pergilah ke depan yg mungkin dan berdoalah. Tapi kita akan berkemungkinan dihalau pula oleh pengawal lelaki. Wanita tidak boleh pergi berdekatan pintu tu. Kalau tak boleh berdiri di depan tu, boleh pergi ke belah tepi sikit.. asal masih di depan. Baca ikut yang di buku, atau skrip yang dalam hati kita. Samada di luar atau di dalam perjalanan ke Raudhah, memang kita akan mudah menitiskan air mata. Ikhlasnya tiap titisan airmata yang keluar itu, hanya Allah yang dapat menilai.


Di dalam Masjid Nabawi yang serba indah... Tak dapat tgk kubah tu terbuka..
Kubur Baqi'... Menurut yang saya baca, penghuni kubur ni akan dibangunkan dahulu selepas Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya. Yang seperti board biru tu adalah letaknya maqam Saidina Uthman bin Affan.

Pagi lepas Subuh, meriah di depan masjid dengan orang2 berjual... abaya lambak pun cuma 10 riyal.. Hampir tiap hari pilih, tapi tak beli sampai ke sudah... hehe!




Di Madinah nilah baru ada semangat membeli. Badan pula tak berapa sihat terutama hidung yang masa tu sangat pedih sampai ke mata setiap kali keluar dari bangunan. Masa tulah terbayang2 akan plaster sejuk koolfever palster baby tu.. nyamannya kalau dapat tampal kat batang hidung..


2 comments:

  1. seronok bc travellog umrah akak sepanjang menunaikan umrah.... insyaalah allah sy akan pergi 2hari dr sekarang bersama andalusia juga dan akan mengerjakan umrah di mekah dahulu. byk pegajaran yg akak kongsikan dlm semua n3 akak.... terima kasih akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga dipermudahkan perjalanan ibadah dan perolehi umrah yang mabrur.. :)

      Delete