Pages

Monday, May 26, 2014

Windscreen...

Malas betul memikirkan windscreen kereta yang belum settle ni.. Pekerja bengkel sudah salah teknik. Depa pi bukak tempat lekat cermin pandang belakang (rear view mirror) tu.. Jadi, kira tak lulus.. Supervisor dia cakap dorang dah order baru dari KL, Sabtu sampai.. Alih2 kita telefon, katanya salah yg dihantar.. bawa ke Ahad.. pastu Isnin.. pastu esok Selasa.. Hari ni senyap je tak call pun... akak rasa nak jadi beruk merah je nih! Tau tak apa beruk merah tu? Ialah beruk dalam muzeum sains di UTM yg sekarang entah ada lagi ke tidak.. Tu citer zaman akak sekolah menengah dulu..

Kalau tak siap juga esok, jagalah dia... Akak nak call terus Etiqa. Takut depa dah claim insurance. Dahlah kena tambah RM150.. Insured selepas survey RM600.. Mulalah nak pertikaikan depa nih.

Paling tergugat jadual nak balik kampung.. Yang tidak berapa mendapat restu en abe ku. Sebab ada sedara mara teringin nak datang rumah hujung minggu ni, tapi mem ini rumah nak cabut balik kampung pulak. Kalau restu ini berkaitan dengan kisah windscreen ku, nampaknya cuti sekolah akak ngan Fawwaz hibernate je kat rumah comel ni. Takde kenduri kendara akan kuhadiri..



1 comment:

  1. As salam puan. sy faizah. stay di alor staq. boleh tinggalkan email puan. ade benda yg ingin sy tanyakan ttg anak puan fawwaz. email saya faizahafit@gmail.com

    ReplyDelete