Pages

Friday, July 20, 2012

Doa Ibu

Pagi ni Fawwaz liat sikit nak bangun tidur.  Malam tadi tidur kami tak berapa nyenyak sebab Fawwaz kejap2 batuk. Walau saya tak pasang kipas, tetap sejuk udara yang menyusup masuk dari luar.  Saya pula keluar masuk bilik sebab malam tadi Fawwaz nak tidur di luar.  Saya susah hati kalau dia batuk atau selsema.. Jatuh kesian.. sebab dia memang jarang ada masalah kesihatan.

Dah pukul 7.15 baru dia bangun.  Itupun macam nak meragam.. Mak dah pasrah je samada dia nak sekolah atau tidak.  Dia dah macam marah je bila kita suruh mandi apalagi sebut sekolah.  Terus cakap NO SEKOLAH.  Saya biarkan je dia adjust moodnya sendiri dan saya buat2le kerja rumah yg pending tu.  Kadang2 suasana begini buat kita stress. Risau jika berlarutan perangainya tu.  Dan saya berusaha untuk tidak marah dia hanya kerana tak mau ke sekolah.

Pelan2 cucuk jarum, ajak mandi.  Lama2 dia pun ikut je.. Kemudian saya buatkan susu.. SAYA BACAKAN ALFATIHAH, SURAH INSYIRAH dan AL-IKHLAS PADA AIR SUSUNYA.  HEMBUSKAN KE SITU DAN DOA KEPADA ALLAH..  Subhanallah.. Memang mujarab! Belum lagi dia minum susu tu, terus dia minta baju.. Minta pakai baju sukan sekolah.  Takpelah kalau tak mau pakai seragam, janji nak pergi.  Kemudian saya suruh dia minum dan habiskan air susu tu.  Siap2, terus ke sekolah dengan riangnya..  Sampai sekolah hampir pukul 8.30 pagi (1/2 jam lewat  :D).

Ya Allah.. sesungguhnya pagi ini doa hambaMu ini makbul.  Syukur.. Terima Kasih Ya Allah...!!!

Tuesday, July 10, 2012

Letih dan Lesu... Kenapa?

Sejak pagi tadi (bangun tidur), saya dah terasa kemalasan diri.  Berapa kali saya snooze dan snooze alarm hp tu.  Dari bilik, bertukar tempat ke sofa.  Boleh lagi tidur sambil duduk... Tapi saya gagahkan juga badan untuk bangun, mandi dan solat subuh.

Alhamdulillah Fawwaz bangun sendiri dengan sedikit ceria.  Pelan2 saya pujuk utk mandi dan mengambil masa hampir 1 jam juga untuk membawa dia keluar rumah untuk ke sekolah.  Oh anakku.. liat dan susahnya dia nak ke sekolah.  Khamis dan Jumaat lepas dah ponteng.  Mesti cakap "NO SKOLAH" tiap kali ditanya. Mama tetap bersyukur, hari ni walau keluar rumah tu pada waktu orang dah beratur.  So, tau2 jelah masa sampai tu budak2 tadika dah kat mana.

Apa2 pun, bila Fawwaz ke sekolah ni, automatically mama jadi bersemangat!  Lepas hantar, terus ke market Sg Besi.  Balik ambil breakfast.  Kemudian tengok order.. wah! Ada orang nak kepau dan karipap.  Lepas tu turun cuci kereta.  Habis cuci, naik bersihkan ayam yg dibeli tadi.. sidai kain lagi.. siram pokok bunga.  Ada orang order kek pulak.. Keluar beli barang.  Ambil Fawwaz.  Isi minyak kereta.  Balik ada orang order kek dan karipap pula.  Masak. Buat pau.  Buat kek... Perghh!! Memang hari produktif ku..

Tapi menjelang petang, badan rasa lain macam.  Lesu dan mengantuk sesangat.  Malas macam masa bangun tidur pagi tadi.  Perasaan ni selalu ada bila en hubby ada.. Duk terkuap2 je.  Hubby kata nak balik Selasa... takkan hari ni dah ngantuk? Dah teguk Vemma pun letih sokmo, why laa? Tapi sebab dah senja, saya gagahkan juga untuk melawan.  Mandikan Fawwaz dan diri sendiri.  Buat persiapan untuk buat kek yg pertama (rainbow).  Kemudian tengah intai FB dan berhajat nak solat Isya', tiba2 loceng berbunyi.. Loceng pintu laa...

Agak dahh... Suamiku tiba2 muncul di depan pintu.  Rupanya kuat juga instinct ku yg dia akan muncul secara surprise walau tiket flight tu patutnya esok (Selasa) petang.  Maklum jelah, ku sudah bilang mau pulang ke kampung dan jangan kacau ini plan.. Now, no wonder mak ngantuk dan lesu.. but I wonder why..?  Tengok je esok, kalau mak letih lesu layu, kenalah mak tambahkan lagi zikir2ku..  Tapi esok ada 2 bijik kek dan inti karipap nak bikin... kenalah kuat semangat.. :||

Tuesday, July 3, 2012

What a Day!

Tiba2 badan ni jadi lemah.. Tak tau perasaan ni nak diluahkan dengan cara mana... Ya Allah, memang inilah ujian-ujian yang terpaksa ditempuh.. kala ini dan mungkin akan datang.  Untuk menjadikan aku lebih kuat untuk berhadapan dengan hari depan.  Memang aku insan terpilih untuk diuji saban waktu.  Sedari kecil ujian ku memang banyak, selain ujian sekolah dan universiti.. (sempat nak buat lawak lagi).

Jiwa tengah bersemangat.  Kawan-kawan tengah membantu dengan respon yang baik kat 'airtangan' saya.  Dalam seminggu ni memang agak sibuk nak menyiapkan tempahan.  Kalau haritu, faktor storage menjadi kekangan, semua telah saya selesaikan.  Alhamdulillah, en abe mahu membantu.  Walau saya yang terpaksa membuat semua urusan.  Terpaksa juga mengangkut anak bujang saya kemana-mana.  Dia pula, kalau dah letih, ada je lah ragamnya.  Paling tak larat kalau tengah memandu, dia suruh stop dan ikut arahannya.  Masa tulah boleh 'bergaduh' mak dgn anak kecik tu.. Lagi satu, kalau dia dah kata penat nak jalan.  Kenalah saya mengendong dia di belakang saya, macam anak jepun (cerita dulu2).

Hari ni pulak, awal pagi dah siap 2 dulang karipap. Si bujang pulak cuti sekolah.  Bukan ponteng macam selalu, tapi sekolah yang tutup.  Pergerakan terbatas lagi.. setakat dapat seronokkan dia naik tren dan pergi ke kedai bakeri.  Itupun ada yang lupa dan tak ada.  Tengahari, siap satu adunan pau dgn jayanya.. Alhamdulillah sangat cantik dan gebu.  Tapi tak cukup.  Inti pun ada yg habis.  Kenalah memecut keluar beli bahan sambil melayan kerenah anak.  Seharian ni ada je kerenah dia yang menguji kesabaran.  Makin kita sibuk, makin dia buat banyak permintaan.  Biasa lah tu kan... nak test try uji mak dia penyabor ke tidak!

Balik je dari kedai, terus senseng lengan.  Nak buat 2 projek sekaligus!  Sejak ada gajet baru, agak mudah kerja saya menguli pau.  Sambil2 mengadun kek coklat... Tapi entah kenapa kek tu merekah pulak hari ni.  Selalu OK je.. Pau pulak..mmm malang yang bertimpa2.  Order kali ni banyak yg minta inti kaya.  Inti tu pulak dah kehabisan tengahari tadi dan tak dijual di kedai bakeri yg selalu tu.  Yg saya ingat, inti tu saya beli kat kampung..  Nak buat sendiri pulak, memang dah tak sempat sebab dah petang dan bahan takde.  Itu yg merempit ke MyMydin beli kaya Yeo's je.  Cayor le pulak!!  Asyik2 reject dan lotar ke tong sampah.  Berkat kesabaran, siap le jugak untuk yg order esok walau bukan bulat sangat bentuknya.

Astaghfirullahal aazim... mengucap panjang saya!  Rupa2nya gas habis!!!!  Gas yang rasanya baru beli tapi ada bau bocor.. Sejak maghrib hingga kini pukul 10 mlm, kedai tak hantar2 lagi tong baru.  Takde pekerja.. Saya memang tengah merancang nak double kan supply, dan nak order terus dari Petronas macam iklan dia tu.. Tapi, asyik2 kejadian berlaku di malam hari dan tengah ber'projek'.  Kalau setakat tengah masak mee sedap, belum pernah gas habis.  Bila nak call kedai, baru perasan yg HP saya pun takde dalam rumah.  Harap2 ada kat dalam kereta di bawah sana..

Pau ku dah sebesar kelapa gamaknya kat dapur tu.  Tak tergamak saya nak menjenguk, melainkan plan nak masuk plastik sampah hitam andai gasnya tak datang2 juga.  Dahle susah nak letak filling kaya tu tadi, tak boleh nak kukus pulak.. Kos lak jangan kira. Menangis tak berlagu akak ni.  Nilah agaknya tulah akak dok marahkan Fawwaz tadi.  Sebab macam-macam dia nak ambik perhatian saya.  Nak susu stoberi, nak biyak, nak cereals, nak nasi, nak roti... mmm satu persatu disebut.  Dah kita ni kusut, marah le sikit... hehe!

Inilah dianya.. Baru nak mula ujian2 kecil.  Bukan senang nak jadi usahawan yang jutawan lagi dermawan... hahaha!  Jangan terbawa2 stress tu.. Hidup perlu diteruskan.  Moga2 esok jadi orang kaya, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.  Cheers!!!

****************************
Baru sat ambik gambar.. Pau yg bakal masuk plastik hitam  :((


Friday, June 29, 2012

Kisah Hati

Dah lama saya tak merapu di sini.. eh! Lama sangatkah? Boleh la tahan lamanya.. Dah lama juga tak buka blog yang satu ini.  Konon-kononnya sibuk hahahh.. Harini saya buat kek seperti di bawah.. bermula dari pukul 8 pagi, siap deco dah dekat pukul 3 ptg.  Otak jam sikit masa nak deco tu..

Sejak rajin mem'baking' dan bermain-main tepung di dapur, saya dah agak kekurangan masa.  Setakat di FB tu adalah lagi... untuk mempromosi kek-kek saya tu.  Alhamdulillah, ada juga sambutan sikit-sikit dari kawan-kawan.  Rejeki.. rejeki.  Pertamanya, saya seronok bila kawan-kawan suka dengan hasil airtangan saya.  Seronok dapat berkongsi rasa.. Dan setiap kali saya masak, akan saya sertakan selawat dan doa agar pemakannya dikurniakan kesihatan yang baik dan juga kasih sayang.  Bukan doa pengasih ye! Lain macam pulak.. hehehe!

Tapi kadang tu, walau hari-hari kita buat tu, masih berlaku kesilapan.. kecuaian.  Entah kenapa saya agak 'clumsy' bila buat kerja di dapur.  Mungkin saya jenis kelam kabut nak lakukan semua benda dengan cepat.  Dapat pula kalau si kecik ada kat rumah atau tak sekolah.. menambah kecelaruan macam hari ini.  Kisahnya, hari ni Fawwaz tak ke sekolah.  Saya bagi 2 options, sekolah boleh atau tak sekolah pun boleh.  Sebab dah lebih 2 hari dia sakit perut.  Malam semalam jumpa Dr, dia kata memang ada kembung sikit.  Digestion problem, tu yang macam angin kat perut.  Dr pun bagilah ubat... 3 jenis kesemuanya - muntah, sakit perut dan angin.  So, kalau tak sekolah, saya boleh bagi dia makan ubat yang boleh menyebabkan dia kerap membuang air besar.

Rasa2 boleh ke nak bagi dia makan ubat-ubat tu?  Mmmm... hampeh!  Seawal pagi saya dah masukkan ubat tahan muntah ke dalam susu (ikut saranan Dr jika susah nak makan gitu2 je).  Dia tak mau minum.. Kesian, saya tukar susu yang lain.  Sampailah ke petang, tak berjaya pun... Lemahnya mak bab2 nak kasi makan ubat ni. Tu yang selalu cari ubat alternatif macam klinik elektronik haritu.. Ubatnya ala2 pil manis je.  Suka je dia makan satu persatu walau banyak.  Kadang-kadang perkara yang kecik ni pun boleh buat mood saya tergelincir sikit.

Dan pagi ni juga saya dok layan fikiran2 separa negatif yang mengimbas zaman-zaman saya masih bekerja hingga saat ini.  Apa yang saya hilang dan apa yang saya dapat.. Apa yang saya bisa luahkan dan apa yang bulat2 saya telan.  Ohh.. sebenarnya saya seorang yang sukar meluahkan atau bercerita tentang sesuatu.  Bila tercuit perasaan, saya hanya akan bercerita kepada diri sendiri.  Boleh dikatakan hanya seorang dalam lingkaran hidup saya yang tahu dan faham kehidupan saya.  Kerana kami punyai persamaan yang sangat hampir.  Kami umpama cermin kepada diri masing-masing.  Kami ditakdirkan untuk redha atas segalanya.

Pagi ini dalam kepala ni asyik nak berfikir tentang tanggungjawab... Kemudian kesukaran dan cabaran dalam memperbaiki kehidupan ni.  Teringat pula saat2 saya bersemangat nak masuk kerja semula.  Kesukaran nak cari penjaga serta taska bercirikan muslim.  Akhirnya saya menyerah untuk tidak bekerja. Apatah lagi bila suami menyuarakan hasrat membawa kami pindah ke Utara.  Tiba-tiba, dalam minggu ini, saya ternampak satu poster taska islamic yang sangat dekat dari rumah ni.  Mmm.. selepas 6 bulan!  Selepas saya tidak berfikir tentangnya.  Memang bukan rezeki saya..

Apa-apapun, saya bersyukur dengan rezeki hari ini.  Jawaban Allah kepada dhuha saya.  Jawaban Allah kepada doa dan zikir2 saya.. Alhamdulillah.  Dalam kehidupan ini, jangan ada perasaan menyerah.. Kikis segala perasaan kecewa. Berusahalah selagi terdaya.  Gunakan kebolehan dan kelebihan yang Allah beri.  It is all gifted!  Jika orang lain waima yang terdekat tidak faham hati dan kehendak apatah lagi perasaan kita, Allah sentiasa ada untuk memahami malah bisa memberi lebih dari itu.  Ya Allah, segalanya adalah kerna Mu..

Thursday, June 14, 2012

Selamat Hari Lahir Fawwaz


HAPPY 5TH BIRTHDAY MY DEAR SON!  Setiap kali tiba 14/6 mama akan sentiasa mengulang tayang kisah-kisah lama.  Dari masa mengandung, hingga saat2 nak masuk hospital, saat2 nak melahirkan hingga kala hampir seminggu kita tinggal di hospital... Kemudian saat kita ke sana ke mari menaiki pesawat dan kereta, menjadi manusia 'hura-hara' seketika.

Dah entah ke berapa kali, Fawwaz menyambut ulangtahun tanpa abi di sisi.  Kita senasib la ye.  Mama pun jarang2 dapat celebrate birthday dan anniversary dengan abi tu.. Takpelah, kita redha je naa.. Dunia je semua ni.  Yang penting abi ingat kat kita sentiasa.. hihi...

So, untuk pertama kali, harini Fawwaz dapat potong kek disaksikan kawan2 di sekolah. Walau Fawwaz masih di alam fantasi, tak berapa sedar yang ini hari istimewa Fawwaz, mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Fawwaz.  InsyaAllah.. it's gonna be fine and Allah knows that!  Ya Allah, semoga anakku ini menjadi hambaMu yang soleh dan tinggi agamanya. Juga berani berjuang demi agamaMu...
Tangan cikgu yg nampak.. hehehe


 

Wednesday, June 6, 2012

Apabila Pergerakan Terbatas

Sejak balik semula ke KL Ahad lepas, sebenarnya macam-macam yang saya fikirkan.  Selain dari masalah IPTV dan sakit gigi.  Kes IPTV (unifi) ni dah selesai semalam.  Rupanya senang je nak rectify the problem tu.  Switch off main plug tu ganas2 sikit.  Hari tu CS tu cuma sempat suruh switch off router dan decoder, lepas tu terputus perbualan sebab saya guna phone rumah yg juga menggunakan router yg sama.. kihkih!  Semalam dia suruh tutup plug yg menyambung kesemua TV, router, modem dan decoder.  Tap! Saya tutup terus.  Lepas tu on balik.. keluar perkataan 'network error' kat TV.  Kemudian saya reboot decoder tu.. tadaaa! Keluar gambar. Sonang yo rupo eh!!!

Perihal gigi pulak... Saya terjumpa ubat titik Hurix yang penuh rasa cengkih tu.. Dulu itulah bekal ubat saya ke Bahrain.  Pernah sakit gigi masa mula2 balik sana, saya guna ubat tu je sampai balik semula ke Malaysia lebih sebulan kemudian.  Bagus ubat tu untuk sesiapa yg alergic nak jumpa dentist yg tak digemari.  Malam kelmarin saya sapu dan terus sakit tu hilang. Dapat tidur lena. Tapi malam tadi Ahmad Fawwaz sudah main dan kasi pecah dan tumpah semua ubat yg sebesar sampel minyak wangi tu.  Satu ruang bau cengkih! Nak bagi pengajaran sikit umi sapu sikit ubat tu kat mulut dia. Ha! Kejam tak aku? Menangis2 cikmat sambil sapu-sapu mulut dia.  Mesti berangin je.. pedas jangan tanya. Baru umi basuhkan mulut dia dan suruh minum air banyak2.  Usik lagi benda2 yg bukan permainan... (garang tak akak?).

Hari ni rasa nak buat macam-macam bila menyedari potensi diri yg sebenar.  Tapi sebenarnya dah lama tau, cuma tak semangat je. Nak bisnes macam-macam. Untuk bulan puasa, raya, hari-hari, hari depan.. pergh! lots of ideas gitu!  Kalau dapat keluar ni mesti makin bercambah.  Tapi apakan daya, dah duduk di Malaysia pun masih terbatas pergerakan. Agak-agak nak jalan jauh sikit, pandang Fawwaz, terus hati kata tak jadi. Malam tadi dia tidur cuma <> 6 jam.  Sepatutnya dia akan tidur siang bila-bila masa. Tapi tak jugak, aktif je sampai petang ni. Dan selalunya, kalau masuk kereta je dia pun layu kena angin aircond agaknya.  Umi tak mau ambik risiko. Walau teringin nak jenguk kawan di hospital, takut sampai sana dia tengah tidur lena.. atau tak boleh masuk wad (pernah jadi kat HKL masa weekday).  Nak pergi MyMydin kat sebelah ni pun terus takde hati.

Takpelah, sekurang-kurangnya selain update blog, saya juga buat kerja lain. Tengah buat perancangan juga kajian untuk diaplikasikan nanti.  Biar lambat, tenang dan bergaya.  Saya tak impikan hidup yang huru hara sangat, tapi tetap nak kaya.  Mesti nak ada masa untuk keluarga di rumah dan juga rakan2. Dan, semuanya biarlah kerana Allah Taala.


Monday, June 4, 2012

Sakit Gigi Lagi... Tak Best Betul!

Akak sakit gigi ni.. adoi!! Sangat tak suka sakit gigi.  Dah sejak minggu lepas rasanya, tapi saya buat endah tak endah.  Bukan apa, terpaksa.  Sebab takde masa sangat nak jumpa dentist. Terkejar2 sana sini.  Nak jumpa dentist kena kat Sg Besar pulak tu.  Klinik Norhaya yang entah berapa kali saya miss nak ke situ.  Sehingga memaksa saya pergi ke klinik lain dan berakhir dengan rasa tak puasa hati.

Terakhir, saya ke klinik kerajaan.  Memang harus untuk tak puas hati sebab bayarannya cuma seringgit dua.  Layanan amat baik, cuma rawatan tak mencapai tahap yang saya mahu.  Yelah.. dah cuma bayar seringgit berbanding seratus ringgit di Klinik Norhaya.. :D  Yang paling tak faham, datang hari ni untuk periksa.. rawatannya paling cepat minggu depan atau minggu2 lain.  Kalau kat swasta tu, sekali harung boleh selesai, siap di 'polish'nya gigi kita ni.  Ada satu dentist yang saya pernah jumpa di Puchong, dia siap floss lagi gigi akak.. Agaknya akak floss tak cukup baik hihi..

Sakit gigi ni ibu kepada segala kesakitan.. Pening fikir camna nak solve sebab sapa je nak jaga si Fawwaz ni.  Lagi pening, akak baru je balik kampung, so terlepas sudah. Kena cari yang dekat2 je.  Lepas tu tak sedor diri, makan benda2 manis je.. kek la, nescafe la.. mmmm adodoii!

P/s: Lagi buat tak best ni, dah lah sakit gigi... TV (unifi) tak boleh nak display sejak semalam balik dr kampung. Report kat CS, dia suruh buat macam2 benda tak bijak seperti betulkan kabel, pastikan kabel di tempat yag betul (walau akak tau itu basic prosidur dia utk layan komplen).. Lepas tu dia suruh off router dan decoder.  Masa tu akak guna phone rumah (unifi).. Abis le conversation tahap tu dan malas nak call balik.  So, problem not solved.. harap2 masuk dalam list complaint jugak.  Lepas tu sejak dulu nak register online tak dapat hingga kini.. macam2 lagi lah!  Jengkel hati akak... Terpaksa esok menapak ke kedai unifi.  Nasib baik ada satu kat tempat sebelah ni je.. Tu pun tak tentu lagi... erkkk! Tak tau nak bebel apa lagi.. Mujo juga internet nya OK.  Ni je lah penawar duka.. Fawwaz lak, mujo ada DVD player.. ulang2 je lah Pocoyo ngan Tom n Jerry tu..  So far, no complaint from him  ahaks!