Pages

Saturday, October 23, 2010

Bahrain's Election Day 2010

Hari ni Election Day di Bahrain untuk parliament dan municipal council. Kat sini masih guna sistem beraja dan juga ada perdana menteri.. Bukan besar pun Bahrain ni.. pengundi setakat lebih 300,000 orang je.

Yang aku perhatikan sejak dari 2 minggu yang lepas, tenang je suasana nak mengundi tu. Adalah poster billboard yg besar2 di sana sini. Tapi kat paper pun tak rancak sangat macam kita di Malaysia. Aku pun tak pasti dorang ni ada pembangkang bagai.. sebab poster2 tu kebanyakan bahasa arab.

Religious Institute depan apartment ni adalah salah satu pusat mengundi. Pagi2 dah nee noo nee noo siren polis mengiringi van yg mungkin bawa peralatan dan kertas mengundi. Tapi selepas tu kelihatan tenang semula... dan para pengundi pun nampaknya tenang berjalan ke dalamnya. Semoga Bahrain sentiasa tenang, makmur dan kaya dengan barisan wakil rakyat dah dipilih... Negara Islam kena macam ni... jangan gaduh2 dan kata mengata... buruk kedengarannya!!!

Aku selalu rasa bosan bila fikir suasana politik kat Malaysia... yg Islam pun cakap tak serupa bikin...


No comments:

Post a Comment