Pages

Tuesday, October 12, 2010

Hari Selasa Yang ....

Hari ni, macam biasa aku bangun tidur dengan penuh semangat... Sekarang ni hari2 pukul 4.15 pagi mesti dah bangun atau sebelum azan subuh berkumandang. Sekarang subuh pun habis lambat, dalam 5.30am. Ok la kan... jika dibandingkan kalau musim panas.

Dalam pukul 4.30am aku dah mula goreng karipap. Lepas tu blend kacang untuk buat kuih vadai. Hari ni vadai ku buat ragam. Entah berapa biji yg rosak dan terpaksa masuk bakul sampah. Pecah berderai kat kuali, abis minyak dipenuhi 'sampah'. So, tak banyak yg melepasi QC untuk dijual :D Proses menggoreng pula sangat lama hari ni, untuk perkara yang sama setiap hari... Aku pun heran dan sedikit mengeluh.

Bila semua dah settled, hubby nak hantar ke bawah...lift pulak rosak. Dah 8.40am termengah2 Saiful hantar bekas ikut tangga. Tapi sebenarnya takde hal lift rosak, sebab aku dah biasa menapak naik tangga hehehh... Tapikan, Saiful tu dahlah termengah2, bekas pulak tak kosong macam selalu. Untuk pertama kali dalam musim ni, karipap aku tak habis! Selama ni dorang asyik duk komplen tak cukup. Saiful kata ramai tak turun kerja pagi.. Isk! Apasal? Takkan pasal lift rosak..huhuu. Jangan kapal pun banyak tak boleh jalan nanti, keh keh!

So, inilah dia kisah 'tarak untung' hari ni berbanding tenaga dan masa yg keluar.. Kuih banyak rosak, timing lari, lift rosak, jualan tak abis..

Yang aku nak simpulkan di sini ialah kadang2 dalam satu waktu, kita akan berdepan dengan pelbagai situasi, ujian dan dugaan. Dalam waktu yang lain pula, Tuhan berikan segala perkara yang indah2... Hidup umpama roda. Ada yg kata macam roller coaster. Dan aku sampai sekarang masih tak boleh terima dengan akal macamana kematian Sosilawati dan rakan2 yang takde kaitan langsung dengan aku tu. Kenapa hidup mereka diakhiri dengan cara yang sangat kejam di luar batas kemanusiaan. Atau itukah yg telah tertulis di Loh Mahfuz? Kalau macam tu aku tak boleh kata apa... Allah Maha Mengetahui.

Tiba2 aku rasa emosi untuk perkara yang lain dari 'title' di atas.... :(


No comments:

Post a Comment