Pages

Thursday, October 28, 2010

Buat Duit Dengan Internet

Hehe... akak bukan nak promote apa2.. saja je, tiba2 nak tulis pasal benda ni.  2-3 hari ni entah kenapa aku suka nak google pasal jutawan internet lah, menjana wang dgn internet lah, dan yang sewaktu dengannya.  Banyak betul rupanya orang buat duit kat sini... genuine ke tidak, legal ke tidak, wallahualam.  Kat FB pun asyik2 orang tayang gambar pegang duit banyak2... pergh, memang menggoda!  Sapa je yang tak tergoda tengok duit.. mmm jangan tipu diri sendiri lah.

Tapi setakat ni yang memang aku percaya ialah Sdr Irfan Khairi tu..  Aku dah pernah beli buku dia beberapa tahun lepas.  Rasanya tak habis baca pun.. just like "hot2 chicken shit" je aku ni... eh, jgn tiru peribahasaku ini hehe - akak memang suka merapu.  Balik KL nanti, ingat nak cari balik buku tu dan kaji balik.  Mana tau terbuka hatiku nak jadi macam dia... it is never too late!!!

Berbalik pasal tajuk di atas, aku tengok adalah yang jual barang, kurang2 ebook atau jual informasi gayanya.  Jual barang tu biasalah... Akupun pernah juga nak berjual barang + membership guna internet, tapi ada pulak kekangannya.  So, simpanlah dulu angan2 tu.. Orang yg pernah jadi upline ku dulu tu aku tengok bukan main jayanya lagi dia.  Hebat! Yang jual hanya membership (aku rasa macam tu) dan beri komisen puluh2 ribu pun macam banyak juga.  Curious juga aku, legal tak?  Tengok statement bank dia, pergh...  Ramai la sebenarnya jutawan dan hartawan internet nih kat Malaysia.  Andaikata sekali search sebijik macam tajuk di atas (letak "xxx"), akan keluar lebih 200,000 results... berapa peratuskah yg boleh betul2 membantu anda mendapatkan wang yang banyak?  Mesti ada yg betul, tapi jangan silap langkah.. takut ada yang terjebak dengan skim cepat kaya.. Terjebak kerugian wang boleh juga diperbaiki, kalau terjebak masuk penjara sebab terima wang tanpa lesen?  Ala2 haram di segi undang2 la...adohh!!

Tapi ramai juga yang menjana wang dengan hanya tulis blog macam aku...  Sungguh kagum aku.  Soalannya, kenapa aku tak boleh jadi macam dorang?  Haha... aku pun tak tau.  Mungkin aku kena lebih banyakkan kajian terutama masa anak aku tidur macam sekarang... tidur lama2 sikit ye Fawwaz..  :D:D

No comments:

Post a Comment