Halla halla... halla wallah! Kalau dengar kat radio Bahrain atau orang2 Arab ni bercakap kat telefon, inilah gaya greetings dorang. Macam hello, hi, warm welcome.. gitulah maknanya. Ada lagu dia juga.. halla halla...
Weekend seperti biasa paling sibuk. Mengukur jalan, market, hypermarket dll.. Sabtu pagi macam biasa aktiviti berenang. Dalam 2 minggu ni aku berjinak2 dgn kolam renang (yg semakin sejuk). Teruja tengok Fawwaz dah boleh pusing2 kat kolam renang org dewasa hanya dengan arm bands. Maka aku pun 'take the challenge' menyelam dan berenang. Sekali masuk dah boleh dah.. cuma nak kawal pernafasan je. Haha.. dah tua2 baru nak belajar berenang, dulu2 penakut. En hubby memang dah pakar... anak2 semua dia je yg train. Swimming pool tu kalau pagi2, memang takde sapa nak peduli. Tu yg bersuka ria je kami..
Lepas swimming, breakfast terus keluar ke Isa Town. Kat situ ada flea market. Agak besar juga tapi bagiku taklah menarik minat sangat. Dari furniture, carpets, DVD, abaya, screwdriver ke burung dan binatang2.. macam2. Keluar dari situ tak beli apa pun. Lepas tu keluar masuk shopping centre... baru banyak yg menarik. Itupun setakat survey je dulu. Sampai rumah kepenatan... dan orang macam aku memang takde yg selesai selagi tak tidur malam. Pukul 830 mlm dah pejam.. Masa baru je balik, aku dengar HP ku asyik berbunyi (SMS tak baca). Dapat berita dari kak sur yg bapaku masuk hospital lagi... Risau, tapi macam biasa, aku hanya mampu doakan dari jauh agar Allah mengasihani dia dan berikan yg terbaik untuknya. Serta diberi kesabaran kepada kaum keluarga disekelilingnya terutama mak aku... Aku pasrah. InsyaAllah jika diizinkan balik nanti jumpa bapa.. sebulan lebih sikit je.
No comments:
Post a Comment