Pages

Tuesday, February 19, 2013

Kalau Duduk Rumah Sewa...

Sekian lama masih belum ada rezeki dan duduk di rumah sendiri. Cuma sekarang dah ada bau2 sikit ke arash itu. Seperti yang saya cerita sebelum ni...

Macam2 pengalaman akak duduk di rumah sewa ni. Ada suka, duka dan kelakar pun banyak. Tapi ni akak nak cerita situasi yang terkini. Kisah akak dengan bekas landlord. Selama 6 tahun akak duduk di rumah dia tanpa sebarang masalah. Tak pernah jumpa. Telefon pun adalah 2-3 kali dalam jangkamasa tu. Sebab dia di Ipoh, tua pulak tu... Dan akak ni duk keluar masuk negara sampailah setahun yg lepas. Bila nak keluar rumah, baru sedikit kerap berhubungan.

Hari ni paling kerap akak ber'balas pantun' dan siap calling2 kat dia. Dah tentu pasal deposit. Maklum, rumah kawasan 'elit'.. Nak masuk dulu bukan main banyak yg dipinta. Kerja agent la tu.. 2 1/2 + 1 + access card gitu. Dengan berat hati membayar... Tapi hati tenang, sebab kawasan tenang. Smooth je. Alih2 tadi dia kata bayar 200 hengget je. Padahal akak dah bayangkan beribu lemon yg boleh dibawa bershopping bulan depan. Akak saja lah minta detail, kot2 dia repair benda2 yg dah akak rosakkan. Rupa idokkk... dia main agak je. Pastu, tak paham agreement rupanya. Nak samakan dengan agreement tenant baru. Selamakini dia fikir akak bayar sewa ala2 postpaid rupanya.. duduk baru bayor. Haishhh... Nak ku marah, orang tua. Punyalah efficient akak bayar in advance setiap bulan.

Ni nak tunggu apa jawapan dia bila disuruh tengok agreement. Mujur juga semua resit, no cheque, bank statement ada... Jangan main2 dgn bekas penjaga kewangan syarikat nih. Cuma bab2 menagih hutang memang akak lemahh... Duk fikir kalau dia bagi macam2 alasan atau berdiam diri terus... Tak suka betul situasi macam ni. Orang memang suka kalau dapat duit banyak.. Nak bagi balik yang susah... Konon2 security deposit... hampehhhh!!  Memang nasib akak, jarang dapat deposit rumah semula.. Mesti ada yg gagal. Nak kena mandi bunga lagi kot...


No comments:

Post a Comment