Pages

Monday, January 21, 2013

Char Kuey Tiaw

Malam ni saya dinner ngan Ghani char kuey tiaw je kat Bdr Darulaman, berdekatan dengan pasaraya Yawata. Sejak mai sini, akak rasa CKT ni adalah antara makanan yang popular di sini. Sana sini ada jual CKT. Tempat yang saya pergi tadi, siangnya ialah tempat parking kereta. Menjelang pukul 6 ptg je, ia akan perlahan2 bertukar watak. Inilah uniknya di sini.

Ni gambar akak cilok kat Google (tima kasih le kpd yg berkenaan).. 
Macam nilah rupa CKT ygn selalu akak makan kat sini :D

Setakat ni, CKT yang saya makan memang sedap di tekak ni. Kuantitinya memang nampak tak banyak, tapi sedang2 elok untuk mengenyangkan perut. Harganya pun berpatutan. Makan dengan cili jeruk. Perghh.. Kalau kat KL, ada juga yg sedap macam ni. Antaranya Pak Din char kuey tiaw yang nama sama, orang lain2. Dulu2 selalu saya beli di Sri Rakyat tu. Yang kat pasar ramadhan BK tu pun rasanya nama dia pak din.

Yang saya belum jumpa lagi ialah CENDOL. Sangat2 teringin minum cendol sebab cuaca di sini memang sangat panas waktu ini. Rasa nak menyorok dalam rumah je, tak mau keluar. Sekejap tu teringin laksa. Tapi bila rasa yang abe beli, terus jadi tak teringin. Hahaha...

Nak cendol yg presentation nya macam ni.. huhuhu!

2 comments:

  1. sama la kita..kepingin cendol dengan abc..tapi dah pusing changlun ni x jumpe...waaaa...sangat la panas kan. akibatnye 3 hri kat kampung mmg flat..sakit kepala..huhuhu. x berkesempatan jumpe akak..nsyaAlah balik dilain waktu kita arrage date ek..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ari tu dapat juga cendol & ABC kat sini.. bolehla buat ubat teringin. Kat changlun tu bukan ke ada cendol Jo Changlun yg katanya sedap.. akak dengar nama je, tp tak pernah nak cari

    ReplyDelete