Memang takde rejeki nak belanja orang makan karipap panas petang ni.. Dari malam semalam membuat intinya dengan penuh kasih sayang. Berakhir petang ni menggoreng lebih 30 biji campur untuk makan sendiri. Ter'menunjuk' pula kat ibu-ibu mengandung nun jauh di KL dan Paka. Bukan sengaja membuat mereka terliur, tapi akak rasa excited nak bagi orang2 yg baru dikenali merasa airtangan ni. Kalau yg mengandung tu dekat, akak usaha hantar atau suruh dorang pick up kat rumah.
Meeting nak bermula pukul 5.30 ptg. Dah 5.25pm En Abe belum sampai2. Dia dah cakap akak yg juga AJK ni, tak payah datang meeting ni. Datang masa gotong royong nanti je. Jaga Fawwaz kat rumah. Akak pun akur le. Bila text message kat dia, rupanya dia dah kat sekolah. Katanya karipap bukan untuk petang ni, tapi hari Jumaat nanti masa gotong royong. Lepas tu suruh datang ke meeting tu sebab orang tunggu.
Alahaiii cik abang sayang... Agaknya telinga saya ni dah kurang tahap pendengarannya. Agaknya akak ni dah pekak tahap kronik sampai tak dengar betul2 permintaannya hari tu. Rasa sebal di hati ni. Tau je lah.. penuh semangat kita tadi mengelim. Merudum jadinya ni! Mujur2 dapat tengok cerita Korea petang tadi sebab Fawwaz beri laluan dengan menidurkan diri. Pun tak menyenangkan hari ni sebab hero ngan heroin break off!
Tak tau nak buat apa dengan kuih2 tu. Nak bagi jiran, kiri kanan kosong. Takkan nak terhegeh2 bagi orang keliling yg kita tak kenal. Kalau masa kat Anjung hijau dulu, ada jugak cleaners dan pak guard yg ramai. Dan meeting tu, dari awal2 akak kata salah sorang kena tarik diri sebab takde yg tunggu anak yg sorang ni. Tak maulah ponteng, walau takat meeting tadika. Tak setuju. Sudahnya macam ni lah.. Kedatangan hari pertama dah zero.
Tiba2 ku rasa rindu.. Rasa nak balik kampung jumpa mak, makcik, pakcik, sepupu sepapat. Dorang pun mesti rindu kat akak sebab kamilah yg selalu muncul setiap bulan dan jika ada cuti. Tapi sungguh jauh. Paling2 7 jam perjalanan. Macam nak pergi ke Bahrain dulu je. Bezanya, ini jalan darat dan berhenti2. Sabarlah, raya cina tu pejam celik muncullah nanti.. huhuhu!
Akak pun sama drive sendiri dari Kajang balik ke Perlis rumah mak dgn anak2. Sejak anak2 dah besar sikit ni barulah aman memandu kalau tak dedulu akak sediakan rotan dalam kereta. 7 jam yang memenatkan!
ReplyDeleteAkak setuju walau di manapun kita mak, adik-beradik, kaum keluarga tetap datang dulu terutama bila kita rasa lonely atau stress.
Betul sangat Kak JunAina.. Apa-apa pun, hidup mesti gumbira.. kita yg kena tentukan sendiri :)
Delete