Pages

Sunday, January 13, 2013

Weakening Memory

Hari ni segalanya berlaku dengan lancar. Dari menghantar Fawwaz 1/2 jam awal ke sekolah. Balik rumah, beli sarapan dan suratkhabar yg selalu saya terlupa di hari Ahad. Hari lain missed takpe, jangan Ahad... Sampai rumah, sapu porch sampai bersih. Sapu dalam pula. Clearkan apa yg berselerak di mata. Dah kemas, barulah buat secawan nescafe dan makan. Sambil baca paper. Agak relaks hari ni. Takde niat nak masak lunch pun.

Pukul 10.30 keluar semula. Kepala duk berfikir mana nak pergi dulu. Apa nak dibeli. Tujuan utama ialah nak keluarkan duit dulu kat Petronas. Lepas tu nak cari barang sikit. Tempat mesin ATM tu agak sempit ruangnya. Muat seorang je kalau nak berdiri kat depan mesin tu. Dapat pula pekerja tengah susun barang kat rak, memang nak kena kempiskan perut kalau nak lalu. Saya menunggu di hujung rak sambil belek2 roti, tengok tarikh luput. Roti kat rumah dah habis. Nak kena beli sebab ada penggemar roti no 1.

Sampai giliran saya di depan mesin, tiba2 kepala blank! Tak ingat pin no. Berpuluh tahun pakai pin yg sama, tapi hari ni tak ingat. Dan sampai sekarang saya masih belum berjaya mengingati dengan yakin. Kejap muncul, kejap hilang. Mau juga kena telan kad akak nanti.. Cari2 juga kot2 ada tulis di mana2. Tak jumpa laaa... Nampaknya nak kena tunggu esok pagi selepas bangun tidur. Harap2 memory ku pulih huhuhu...


No comments:

Post a Comment