Pages

Thursday, January 10, 2013

Kisah Susu..

Susu Fawwaz dah nak habis. Haritu masa pergi Yawata, antara pasaraya terdekat di sini, akak ala2 sombong. Tengok dan cakap dalam hati, "esok2 lah.. stok banyak lagi..". Fawwaz ni minum Lactogen je sedari kecik hingga kini. Takde beli susu2 yg mahal lagi berprestige, maksud kata iklannya tu.. Lagi pun abang dan kakak2 nya dulu pun minum ni juga kata abahnye. Semua pakat2 straight A's je masa periksa. So, akak berpendapat, susu bukanlah faktor yg membantu sangat. Tetapi ia bagus untuk tulang dan tumbesaran. Lagi pulak susu ni tak pernah beri masalah padanya.


Semalam pergi ke kedai terdekat kat TTS ni. Memang hat yang 1,2 & 3 banyak. Tapi yg level untuk umur Fawwaz iaitu 4 takde kat rak. Selalulah kehabisan yg 4 ni kat mana2. Selalu dah situasi ni ku alami. Lepas tu nampak kat rak khas Nestle tu, adalah beberapa kotak 4. Suka hati dan cepat2 ambil. Alaa... dah dekat expire lah. Sebulan lagi. Buatnya pun dah tahun 2011 tu. Old stock! Tak jadi beli dengan 'sombong'nya..

Hari ni, berlegar2 lagi di Bandar Darulaman. Cari kot2 ada kedai setaraf MyMydin, 99Speed atau kasssim kadir, yg dulu kesukaan akak. Harga patut. Masuk satu pasaraya, terus menuju ke tempat susu. Ada dan murah dari Yawata dan lain2. Macam harga di Speed. Terus ambil masuk troley. Pastu sorong lagi mengutip barang2 lain yg boleh tahan harganya. Yg tak tahan, akak rasa dorang mixed barang lama dan baru. Nampak berkeping2 cheese sampai hitam kat refrigerator dia tak buang. Tapi nampak juga yg buttercupnya murah sket dari kedai bakeri. Akak la ni, memang suka buat perbandingan. Lepas tu boleh menuju ke situ je, takyah pergi tempat2 lain. Kalau beza tahap sen takpe, kadang 2-3 hengget! Ada 4-5 hengget!

Berbalik kisah susu, dah dekat nak sampai sekolah baru terfikir. Apasal tak tengok label manufacturing..? Dan kejap tadi akak check, sah le!!! Sama tarikh dengan kedai yg semalam tu. Yg dah dekat nak expire tu. Alahai... Takpelah. Janji belum expire. Next time, jangan teruja sangat. Mesti mau check dengan teliti. Nak bagi anak makan. Budak kecik perut sensitif, bukan macam kita.. :|

No comments:

Post a Comment