Diam tak diam dan sebulan saya duduk di Jitra ni. 20hb Disember saya sampai sini, dan hari ni 20 Januari. Wahh... sebenarnya macam dah lama. Bila hari2 hantar dan ambil anak sekolah, memang tak rasa masa berlalu. Tu belum masuk sekolah rendah betul. Pagi petang hantar dan ambil..
Setakat ni best la rasanya.. Rasa macam kat kampung, tapi sebenarnya bandar gitu. Berbeza dengan suasana di Bukit Jalil. Takdelah nak buat perbandingan. 2-2 pun saya suka. Sebab Anjung Hijau tu dulu pun hijau dan tenang juga pemandangannya. Bab2 tempat tinggal ni memang tak banyak komplen. Saya dah berpengalaman tinggal di pelbagai bentuk kejiranan. Dari masa berumur 21 tahun iaitu waktu baru habis belajar di ITM dan bekerja, hinggalah sekarang. Dari Gombak, Kg Baru, Shah Alam, Bukit Jalil ke Jitra. Rasa macam nak mencatit semua pengalaman tu...
Esok pula, masuk 2 bulan arwah bapa meninggalkan kami. Bertemu Penciptanya. In shaa Allah, saban hari anakmu ini takkan lupa menghadiahkan al Fatihah dan berdoa buatmu di sana. Entah bagaimana pula nasib kami nanti. Semoga saya dapat mendidik anak yg satu itu menjadi anak yg soleh. Agar tidak terkilan nanti. Agar tidak disoal di alam sana.
No comments:
Post a Comment