Pages

Sunday, March 11, 2012

Tolong Awasi Anak Kita

Cuti sekolah tak sah kalau tak balik kampung... dan akhirnya tiba juga saat ini.  Sejak anak sekolah, masa macam ni baru dapat balik.  Tak macam dulu2..

Duduk di kerusi yang membelakangi dapur dan sesekali mengadap netbook dengan talian internet yg agak lemah.  Dari semalam, kejap 'connected' kejap senyap je tanpa 'bar'.  So, nak kena disconnected, tutup dan klik balik ikon tu.  Adehhh... macam nilah kalau balik kampung.  Tapi tak kisah, sebab tetap situasinya terbaik.  Sejuk dan nyaman je.

Semalam masa di perjalanan, boleh tahan banyak kereta.  Terutama bila dah sampai kawasan K.Selangor dan Tg Karang.  Kejap2 saya nak kena tekan brake.  Sampai di Tg Karang, tiba2 saya rasa kaki macam nak kejang.  Lama tak rasa macam ni masa memandu.  Teringat masa zaman pregnant pulak.  Saya pun cepat2 bagi signal kiri dan masuk ke lorong depan kedai.  Mujur ada Yoko2 di poket tepi tu.  Keluar kereta, buat regangan sikit.  Luruskan kaki.. Urut2 sikit.  Sapu yoko2 lagi di keseluruhan kaki.  Alhamdulillah, dapat meneruskan perjalanan dengan selamat.  Bahaya juga kalau takde tempat nak berhenti, sebab jalan tu sempit. 1 lane je..

Semasa di salah satu pondok tol, saya terlihat poster anak yang hilang.  Saya tiba2 sangat risau.  Mungkin ceritanya dan masuk akhbar atau TV (saya dah lama tak menonton TV perdana).  Ya Allah, kerap pula cerita anak-anak yang hilang.  Saya bimbang cerita zaman saya kecil, cerita budak kecil kena colek untuk diambil kepalanya untuk di buat jambatan, menjadi kenyataan.  Zaman saya kecil, memang saya takut dengan kaum india.  Sebab saya rasa dorang nak colek budak.  Tapi itu cuma ilusi je.. Minta maaflah ye, itu cuma ilusi kanak2 kecil. Yang sekarang ni, banyak yg betul.  Anak2 hilang tidak dijumpai selamanya.. Kalau dijumpai, sudah tidak bernyawa.

Saya sering melihat anak sepasang penjual pisang goreng, dibiarkan bermain-main sendirian jauh dari ibubapanya.  Walau itu kawasan masjid, tidak semestinya selamat.  Suami saya telan air liur je melihatnya.  Saya juga kadang2 melakukan kelalaian terhadap anak.  Mungkin terbiasa di Singapura dan Bahrain, ancaman kesalamatan terhadap anak2 tidak se'kritikal' di M'sia ni.  Di sana anak2 masih boleh dibebaskan sedikit.  Kalau di taman atau hypermarket, kita boleh lihat mereka bebas berkeliaran jauh dari ibubapa.  Apa2pun, kita mestilah jangan lepas pandang.

Ya Allah.. lindungilah kanak-kanak yang tidak berdosa ini dari ancaman manusia berperilaku jahat.  Dekatkanlah mereka dengan ibubapa mereka.  Janganlah kami terlalai dan terlepas pandang hingga membawa kepada musibah yang tidak tertanggung oleh kami... amin!

No comments:

Post a Comment