Pages

Monday, March 19, 2012

Apabila Bosan

 6th anniversary & 42nd birthday.. :)
Dah 2 hari berlalu.. 2 hari lepas yg agak penting buat diriku ini.  Alhamdulillah, penambahan usia untuk setahun lagi.  Namun, pada tahun-tahun kebelakangan ini sebenarnya tarikh keramat itu tidak berapa bermakna buat saya.  Sekadar gembira dengan ucapan-ucapan dan doa dari rakan-rakan dan insan terdekat.  Saya selalu sibuk tak tentu hala pada tarikh hari lahir saya.  Macam juga tahun ni.  Saya sangat penat di perjalanan sehingga menenggelamkan keterujaan saya.

Cuma yang lainnya pada tahun ini ialah, saya dapat meraikan hari lahir dan anniversary perkahwinan saya yang berlaku serentak, dengan en abe tercinta.  Selamakini, tidak pernah.  Jadi, bila rasa biasa2 je, saya akan lebih menumpukan ingatan saya kepada arwah nenda yg juga kembali ke rahmatullah pada tarikh yang sama.  'Hadiah' ayat2 suci kepada nenda adalah lebih utama.  Kerana dialah yang membela saya dari bayi sehingga dewasa.  Itulah istimewanya tarik 17 Mac.  Hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan tarikh pemergian nenda disambut pada hari yg sama.  Dan setiap kali tiba tarikh ini, saya juga akan memikirkan kematian saya yg mungkin pada tarikh yang sama?

Tak mengapalah... Hari itu telah berlalu.  Hari ini saya perlu lebih ke depan memikirkan kehidupan.  Adakalanya tidak dinafikan, ianya sangat membosankan.  Tapi jika perasaan itu tiba, apakah kita perlu terusan melayaninya?  Cuba cari sesuatu yang bisa mengikis perasaan itu.  Saya akan membersihkan rumah seperti vacuum seluruh rumah dan kemudian mengemopnya (betul ke bahasa ni?).  Saya akan masak makanan yang saya suka (tapi kebelakangan ni saya tak suka masak lauk).  Main game?  Ya!  Saya main supercow sehingga terangkat2 kaki sambil Fawwaz bersorak di belakang.  Permainan ni memang 'stressful' tapi menggembirakan  :D

Memang kalau boleh kita nak membuat sesuatu tanpa gangguan.  Tapi, siapalah kita.. Kita kena seimbangkan segala aktiviti kita agar sama-sama memberi faedah.  Kita juga punya tanggungjawab yang bukan untuk diabaikan.  Cuma bila kita rasa penat, molekul2 negatif akan menyelinap masuk ke dalam tubuh.  Mulalah rasa nak marah je..  Cepat2 ingat niat dan tujuan kita.  InsyaAllah, niat yang baik  akan menghasilkan sesuatu yang baik juga.  Cuma kadangkala ada cabaran dan halangan yang mesti ditempuhi.  Andai boleh terlepas, capat2 kita berlari menjauhinya...  Ada faham ka?  Takpe, ni akak cerita sorang2 je...

Semoga tahun ini memberi sirna buat saya.  Semoga Allah membukakan pintu rezeki yang luas.  Semoga hidup ini lebih berkat dah dirahmati Allah.. Amin.  Cantik tak kek harijadi yg saya buat tu?  hehe...

No comments:

Post a Comment