Pasal kisah adik Nurul Nadhirah.. yg posternya saya nampak di tol house Sabtu semalam.. Berita malam ni amat menyedihkan jiwa ibu2 semacam saya dan anda yg juga bergelar ibu... Dia ditemui rentung di ladang kelapa sawit. Siapalah manusia jahat itu.. Kenapa ada di tempat kita ni? Beratnya dugaan si ibu itu... Saya tak dapat membayangkan perasaannya. Janganlah dipersalahkan kecuaian mereka kerana kita tak melaluinya. Jadikan ini peringatan untuk kita supaya lebih berhati2. Yang cuai, yang jahat, yang tidak perihatin.. Itu memang sifat2 yang sentiasa ada...
Yang pasti, adik Nurul adalah ahli syurga. Kerana matinya sebelum baligh.. Semoga dia bisa membantu ibunya kelak menuju ke syurga juga.. Amin!
No comments:
Post a Comment